ade ke pengikut?

Saturday, November 28, 2009

Assalamualaikum...
Hari ni hari pertama Hari Tashriq n mesti ada yang masih belum menjalankan aktiviti korban..
Semalam berduyun duyun juadah sampai ke umah aku antaranya ketupat dgn kuah lodeh, nasi ayam, soto, lontong dan ketupat dgn kuah kacang. Kat umah aku sendiri masak soto.. Bila dah menghadap makanan ape lagi aku pun balun lah.. Sedap punyelah banyak aku makan samapi x ingat. Setakat sampai malam tu perut aku okay lagi tapi sampai aku bangun solat subuh dah start meragam plak. Aduh keje aku kuar masuk toilet je ar. Sampai aku rasa mcm dah x larat nak jalan yelah dehydrated lah bdn aku ni. aku pun minum air banyak2 lah takut nnt aku pengsan sebab x cukup air dalam badan. Rupanye bukan aku sorang je yang mengalami masalah ni, mak aku pun same. So mak aku suh aku mkn kucai, aku manalah mkn benda2 mcm tu so aku ambik jalan paling selamat aku minum ENO ENO ENO... Alhamdulillah lega ckitlah tapi still mencucuk gak. huhuhuhu
Harap2 lah sakit nih x sampai petang sebab aku nak pegi membeli belah petang ni dgn Ajar. Yelah esk aku nak pegi umah kwn aku kawin so kenalah beli hr ni.
Aku rasa malas nak masak hr nih so aku tgu jelah apa yang kak iapar aku masak hehehehehe

Friday, November 27, 2009

Musim orang kahwin

Assalamualaikum.. well sekarang dah sampai musim cuti sekolah yang juga dikenali sebagai musim tengkujuh di pantai timur.. hurmmm
Dan bersempena musim cuti sekolah ni gaklah ramai anak2 dara dan bujang yang akan diijabkabulkan.. hurm ada gak yang bukan anak dara nor bujang hehehe...
bulan 11 ni x byk sgt lah sebab dh nak hujung bulan pun x banyak pun aku dah dapat 3 jemputan dari kwn2 aku. 29hb nih Kak Masina iaitu rakan seangkatan dengan aku kat sekolah SMKKS dan 1 lagi senior aku merangkap sahabat seperjuangan semasa di Kolej Metrikulasi Johor iaitu Hasryn Azzuar. InsyaAllah akalu xde aral melintang aku akan pergi ke dua2 majlis ni lah. 1 lagi majlis kat Terengganu tu x dapek lah aku nak pegi jauh and skang tgh musim banjir iaitu pasangan Mohd Shukri dan Nurul Ainul Huda dua2 cikgu SMKKS.
Itu baru bulan 11, bulan 12 plak dah berderet aku siap susun ikut tarikh lagi.. antaranya adalah Kak Aziah, Diana a.k.a Mek D, Kak Fiy (dah dpt pindah rawang ikut suani dia), Marlina (classmate masa kat UiTM), Asyura, Nurun Nadia Masrom (skulmte masa kat STARP Kulai)n anak Kak Junainah.
7mjlis ni yang aku memang kenal, belum ditambah dengan undangan di sekitar uamh aku dan jiran2 kmpung sebelah lagi, sedara mara yang bau2 bacang lagi.
Anyway aku akan cuba untuk penuhi undangan tu InsyaAllah kalu aku mampu lah. kalau x mampu mungkin aku akan inform awal nnt.
Bila dapat kad jemputan orang nih ada gak mulut yang gatal nak tanya aku bila plak nak dapat kada jemputan aku kan. hurmm jawapan dari aku adalah mesin cetak kad kawin aku tgh under maintenance hik hik hik..
Well aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua sahabat aku yang akan naik pelamin ni..
akhir kata aku nak sampaikan serangkap pantun
Bunga mawar dihias rapi
Air mawar direnjis wangi
Undangan nnati akan aku penuhi
Untuk meraikan Raja Sehari

Thursday, November 26, 2009

esok raya haji

Assalamualaikum wbt...
I'm new....
Aku tgh bohsan yang amat dahsyat, dono what to do, so aku creat blog nih...
Dlm kepala aku ni tgh bepikir what if I dont get any job for next year???? huhuhu scary j
e bunyinye... Cik bibah aku sapa nak bagi makan huhuhu...
Hopefully aku dipanggil for intview this december... then just continue at the same place where i am rite now..
Baru pukul 1.45 sekrg nih lamanye rasa nak pukul 2 so aku bleh kemas then pecut cik bibah blik umah tulun mak aku masak untuk sambut raya sok...

SELAMAT HARI RAYA AIDILHADHA UNTUK SEMUA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...