ade ke pengikut?

Tuesday, November 30, 2010

Jawapan teka-teki

Ok....
Walaupun takde sape2 yang menjawab teka teki aku tadi di blog
Tapi adalah beberapa kawan yang telah menjawab di sms
Hehehe... kiranya ada gaklah irang bg feedback kan
hehehe
Lets we riview the questions


1. Buah apa yang ada gear?
2. Kambing apa yang tak nampak?
3. Bunga apa warna hitam?
4. Tikus apa dua kaki?
5. Itik apa dua kaki?


and the answers are
1. seBUAH kereta
2. Kambing yang menyorok
3. Bunga tayar
4. Mickey mouse
5. hehehehe   sape tahu?
sila jawab sendiri ye


thanks Izwan Malaya kerana telah menjawab dengan tepat melalui facebook. hehehe

Wadah pencetus minda.... Mutiara kata8


Pernah tak kita terfikir adakalanya hidup ini tidak adil?
Sebenarnya hidup ini tidak adil atau kita yang tidak pernah adil kepada kehidupan?

Wadah pencetus minda.... Mutiara kata7

Jom Main

Nak main ape?
Teng teng ke belon acah ke gasing ke congkak ke?
Bestney kalau dapat kembali ke alam kanak2 kan.
Dapat bermain macam-macam. Tapi bile dah dewasa ni kita nak main ape? Hehehe....
Jom main...
Kat mana2 pun boleh, kat dalam bilik, kat ruang tamu, kat dapur pun boleh.
Ha main ape tu? Heehehehe
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Main teka teki... hehehe
Ok...
1. Buah apa yang ada gear?
2. Kambing apa yang tak nampak?
3. Bunga apa warna hitam?
4. Tikus apa dua kaki?
5. Itik apa dua kaki?

Hehehe... jawapannya tunggu malam nanti ye
Silalah jawab dulu

Monday, November 29, 2010

Wadah pencetus minda.... Mutiara kata6

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni, nanti hanyutnya tak singgah ke pelabuhan"- kata-kata pujangga


"Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan kerana hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih laut, bila-bila masa ia akan hilang."

"Setiap mata yang tertutup tidak bererti ia tidur, setiap mata yang terbuka tak bererti ia melihat"

"It' not how good you are, its how good you want to be"

Tulang babi halal dimakan

Terkejut?.... Ye aku pun terkejut sangat dengan fahaman ini. Kalau dah dikatakan haram, hukumnya tetap haram kan waimma setitis darah sekalipun.

Dalam Al-Quran, Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 173

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ
yang bermaksud: Sesungguhnya diharamkan bagimu bangkai dan darah dan daging babi.

Yang dikatakan haram adalah daging, darah dan bangkai. Bagaimana pula dengan tulang, kuku serta bulu kulit babi. Sedangkan babi adalah tergolong dalam golongan najis mughallazah iaitu najis berat di mana tidak ada cara  lain untuk membersihkan dan menyucikannya selain disamak.Cara nak samak pula ada tertibnya iaitu dengan membersihkan tempat yang terkena najis, kemudian basuh atau jirus dengan tujuh kali basuhan dimana sekali dengan mencampurkan tanah yang dijamin bersih dengan air mutlak. Selebihnya dibasuh dengan enam kali air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Walaupun dikatakan DAGING babi haram, tetapi daging yang dimaksudkan itu meliputi semua bahagian didalam badan babi sehinggalah lemak. Jadi persoalan adakah tulang, kuku serta kulit itu haram maka terjawablah ianya HARAM.... Yang haram tetap akan menjadi haram selamanya...
Wallahualam...

Tapi ada beberapa individu memanipulasi tentang hukum ni. klik sini Ajaran ini dibawa dari Indonesia dan disebarkan dikalangan penduduk setempat yang terpedaya kerana ingin mengambil jalan singkat untuk mendekatkan diri dengan Allah. Menurut  Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, antara kepercayaan kumpulan ini adalah tulang babi halal dimakan yang haram hanyalah dagingnya sahaja. Dah jelas kepercayaan ini bertentangan dengan hukum yang telah ditetapkan dan kita berpegang teguh dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Saturday, November 27, 2010

Nenek doakan Obama peluk Islam




Sarah Omar
Sarah Omar

RIYADH: Nenek Barack Obama, dari Kenya yang menunaikan ibadat haji di Makkah memberitahu bahawa beliau mendoakan supaya Presiden Amerika Syarikat itu memeluk Islam, lapor akhbar di sini semalam. 

“Saya doakan cucu saya Barack supaya memeluk Islam,” kata Sarah Omar, 88, dalam temu bual bersama akhbar harian Al-Watan di Jeddah selepas beliau menunaikan haji.

Akhbar itu melaporkan Sarah berada di Arab Saudi untuk mengerjakan haji bersama anak lelakinya yang juga bapa saudara Obama, Saeed Hussein Obama dan empat cucu perempuannya sebagai tetamu Raja Arab Saudi.
Sarah memberitahu akhbar itu beliau hanya boleh membincangkan mengenai perkara berkaitan haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai politik Obama. 

“Saya amat gembira kerana mengingati semula apa yang diajar guru di sekolah rendah dulu yang pernah menceritakan mengenai Makkah dan Madinah ketika kami kanak-kanak,” katanya yang berasal dari kampung Koglilu di barat Kenya. 

Ketika ditanya mengenai harapan beliau terhadap kemenangan penggal kedua Obama di Rumah Putih, Sarah ketawa sambil memandang ke arah anaknya Saeed Obama dan cucu beliau. 

“Allah saja yang mengetahuinya, ia adalah masa depan yang kita tidak tahu.” Beliau juga mendoakan agar Raja Abdullah cepat pulih sambil menyifatkan pemimpin itu seorang raja yang amat baik. 

Putera Mamdouh menganjurkan majlis makan malam bagi menghormati Sarah, anak lelaki dan cucu beliau di istana di Jeddah kelmarin. 

Faisal Ambuya, sepupu Obama yang memeluk Islam di bawah bimbingan Sarah berkata: “Nenek saya amat berminat mengajak orang bukan Islam memeluk Islam dan saya belajar mengenai Islam daripadanya. 

“Apabila pulang ke kampung saya akan beritahu penduduk mengenai kekuatan Islam,” katanya. 

Bapa saudara Obama, Saeed, pula berkata beliau tidak menyangka dapat mengerjakan haji tahun ini. 

“Saya amat gembira kerana dapat mengerjakan haji. Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Raja Abdullah kerana membawa kami mengerjakan haji.” 

Musa Ismail, anak lelaki ibu saudara Obama yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi keluarga itu berkata beliau seorang pelajar di Universiti Islam Madinah dan merasakan beliau seperti milik Arab Saudi. – Agensi 


sumber: berita harian

Friday, November 26, 2010

Camellia sinensis


Wohooo
Sedapnye nama
Mana dapat?
Mesti cantik.
Mix ke?

upsssss..... Stop...
Apekah?

Camellia sinensis tu bukan nama orang k... Itu adalah nama saintifik bagi TEH. Korang kenal tak teh?. Bukan Teh Syuhada pengacara TV3 tu tau. Ni air teh yang korang dan aku suke minum. Sangat lazat bile dinikmati waktu pagi ke petang ke atau malam. Boleh buat teh O, teh O ais, teh tarik, teh ais, teh O limau ais.... my peberet. Kalau orang nak pekena teh ni biasa diorang panggil ngeteh...

Aku nak kongsi tentang kebaikan teh. Tak kisahlah sebagai minuman ataupun perubatan.

Teh diperkaya dengan vitamin B, C, E dan K serta mineral yang baik untuk sistem tubuh badan. Teh juga mengandungi kafein yang dapat mampu untuk menghilangkan sakit kepala dan sukar tidur. Meminum air teh juga dipercayai dapat meningkatkan kecergasan dan kesegaran badan. Teh dapat membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, teh juga dapat menguatkan tulang serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Teh berfungsi sebagai diuretic (menggalakkan penghasilan air kencing) dikatakan membantu untuk menguruskan badan. Hehehe. Selain dapat menguruskan badan, teh juga dapat mencegah dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan seterusnya stroke dengan merencat tindakan Angiotensin II dan mengurangkan penghasilan kolestrol jahat sangat. Polyphenols dan Polysaccharides dalam teh dapat membantu mengawal paras gula dalam darah manakala antioksidan dalam teh dapat menurunkan paras kolestrol, melawan virus dan melambatkan proses penuaan kulit. Dalam Journal of The National Cancer Institute, 1994, kajian epidemiologi telah dijalankan dan menunjukkan teh hijau dapat mengurangkan risiko barah esofogus di kalangan lelaki dan wanita di Cina sebanyak 60%.

Teh juga dapat melegakan kaki yang penat. Macam mana tu? Rendam kaki yang penat tadi ke dalam air teh yang dicampurkan dengan air sejuk selama 10-15 minit. Selain dapat hilangkan penat, bau kaki yang busuk pun hilang. Ini kerana kandungan tannin dalam teh berfungsi sebagai penyegar untuk kulit.

Kalau kita buat ait teh guna serbuk teh, hampas teh tadi jangan buang merata je k. Hampas tadi boleh digunakan sebagai baja tau. Selain tu, air teh semalam boleh disapu pada rambut untuk menhitamkan rambut. Bukan dye rambut ye.



nak duit sangat ke?.... keje ar...

Tadi aku baca entry dr Apezs Slamber
Hahaha...
Macam2 kan cara orang asing ni nak tipu kite kan..
Yang kelakarnye mesej tu aku baca sendiri
Sebab anak sedara aku yang dpt
Kakak aku punyelah risau sebab abg ipar aku keje s'pore
Ye ar isteri mana tak risau kalau suami kat balai polis
Tapi aku pelik gak
Sebab mesej nye mcm ni
"Ayah lagi pinjam telepon kawan. Tolong bagi kredit  RM20 ke numbor baru ayah 017-8907102 ayah lagi ada msalah di pejabat police. Ta payah call ayah  sekejap ayah call." 
Cube korang baca? korang ada paham ka?
Hahaha... sejak bile pulak abg ipar aku gune bahas mcm ni?
Tapi kakak aku aga cuak gak lah
Dia pun call aku minta aku tolong topupkn guna maybank2U
Tapi aku mcm pelik je ar
Nape abg ipar aku tak mesej aku je
Lagipun dia kan pakai postpaid digi
Nombor maxis pun ade
Asal tetibe tukar no plak
Hahaha
Pastu aku suh kakak aku call abg ipar aku guna nombor dia yg  sebenar
Siyes abg ipar aku kata
OK je... Xde masalah pun..
Kih kih kih
Pandai betul sindiket ni cari mangsa
Dapatlah pulak kat anak sedara aku yg baru darjah 5
Gempak gak... 
Tapi... nasib bek ade makcik yg bijak mcm aku..
Hehehe...

pict baju konvo pinky pinky...

Hehehe
Korang pelik ke dengan tajuk entry aku nih
Act aku buka comments td
dan terbaca komen dr cik fye
"pergh! mane pic konvo pinky pinky? hehe.."
Sorry cik fye, hari tu nak upload
tapi cari2 xde gambar kite berempat lor
tapi xpe
hari ni kite upload pict baju konvo pinky pinky k
hehehe...


cik shima n cik fye 

kami bertiga. dr kiri cik shima, cik nad, dan cik fye

cik shima yang kepenatan n kepanasan

cik fye n cik nad pun dah buka jubah
(sumber gambar dr cik fye)

Tapi sayang kami tak sempat bergambar bersama cik aili...
Tapi cik aili pun tetap pinky pinky gitu...


cik nad saje yg sempat bergambr bersama cik aili
(sumber gambar dr cik nad)





Thursday, November 25, 2010

Wadah pencetus minda.... Mutiara kata5

Innamal A'malu Binniyyat

Dari Umar bin Khathab Ra. berkata : “Aku telah mendengar rasulullah saw.bersabda : Sesunggunya segala amalan itu tergantung pada niatnya. dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barang siapa yang hijrahnya karena Allah dan rasulNya, ia akan sampai pada Allah dan RasulNya.dan barang siapa hijrahnya menuju dunia yang akan di perolehnya atau menuju wanita yang akan dinikahinya, ia akan mendapatkan apa yang dituju.(HR : Bukhari & Muslim)


Dimulakan dengan Bismillah
Disudahi dengan Alhamdulillah.....

Wadah pencetus minda.... Mutiara kata4

Sama Tapi Tak Serupa......


Jadilah sesuatu yang lain kerana mungkin yang sama tetap akan memberi makna yang berbeza....

Bertapa atas bumbung

Awatlah angpa ni?
Kalut sangat..
Kalu nak bertapa pun pi lah Gunung Merapi ka, Laut Kuning ka..
Yang angpa dok bertapa kat atas bumbung tu awat?
Dah takdak tempat len ka?
Ish ish ish...
2 beradik peragut ditahan 'bertapa' atas bumbung
Dahlah nak turunkan angpa tu kena panggil mai Bomba siap pakai sky lift lagi
Saja ja angpa ni nyusahkan orang len..

Rentung genggam kabel

Apekah ini?

Ha... korang tahu tak ape ni?
Nilah kabel letrik yang telah dipotong dan dikuarkan wayarnye...
Boleh tak korang bayangkan kalau terkena renjatan letrik time tengah potong kabel ni?
Ish ish ish... Nauzubillahiminzalik
Sumber aku perolehi dari myMetro
Kejadian berlaku di Kota Kinabalu apabila seorang lelaki berusia 23 tahun muda lagi rentung akibat terkena renjatan elektrik 10,000 volt
Menurut ketua polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner  Ahmad Sofi Zakaria, mangsa mati akibat terkena renjatan elektrik berdasarkan keadaan mangsa yang memegang kabel yang hampir terputus dan menolak sebarang unsur jenayah. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut...
Itulah akibatnya kalau buat sesuatu yang menyusahkan diri sendiri.


Blog review...

Alhamdulillah bersempena setahun umor blog aku ni
Aku nak buat blog review...
Kira macam mengenang kisah lampau lah ni...
Hehehe...

Kisahnya bermula pada tanggal 25 November 2009
entry yg bertajuk
esok raya haji 
Merupakan entry pertama setelah aku menubuhkan blog ni pada 24 November 2009

Kemudian...
Pada tanggal 10 Disember aku telah membawa rakan-rakan blogger menerjah sekeliling umah aku
Dengan tajuk entry
Pagi Jumaat yang indah

Hehehe.
Mesti ada yang dah tahu kan kerjaya aku sebagai cikgu
Entry pada 20 Januari 2010
Buku yang macam menara tingginya
Menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seorang guru

12 Februari 2010
Hari sukan sekolah  yang telah menyaksikan
Juara bertahan BENDAHARAjuara lagi

Untuk tahun ini adalah kali ke 24 aku menyambut ulangtahun kelahiran
Pada 27 March 2010
bertempat di Mc Donald Plaza Angsana

Perna sakit yang kritikal
Cuma tak sampai masuk hospital lagi lah
Backpain... yang terjadi pada
18 April 2010

Oleh kerana tahap kerajinan aku mencapai tahap optimum
Pada 27 May 2010
Aku telah menikmati Pagi yang indah
di kebun kopi

16 Jun 2010 telah menyaksikan aku melalui satu mode yang
hurmmm
bosan tahap extreme
dan akhirnya aku luahkan jua diblog

Dek kerana tahap stress meningkat
14 July 2010 aku telah memasukkan entry
stress

Bila gaji masuk
Orang berpusu-pusu lah pegi bank atau mesin ATM
25 Ogos 2010
Gaji oh Gaji memaparkan kisah orang-orang kita bile gaji dah masuk
Tak semualah... tapi kebanyakan

1 Syawal 1431 Hijrah
Bersamaan dengan 10 september 2010
Hari raya lah ape lagi.

Skandal aku dan technician
Terpampang pada 15 oktober 2010
Hurmmmm ape2laah aku ni skandal lah bagai

6 November 2010
Aku buat review tentang majlis pertunangan
Encik taman dan Cik Bunga
pada Pasca pertunangan encik taman dan cik bunga

Then....
Cube korang kira cukup tak 12 bulan punye review?
cukup kan..
hehehe tu maknanya usia blog aku memang dah cukup setahun
kalau budak kecik mesti dah pandai jalan kan kan kan?
hehehe...
Apepun.. aku nak ucapkan Terima kasih yang tidak terhingga keran telah
memberi dorongan kepada aku selama setahun aku berblog...

Wednesday, November 24, 2010

Wadah pencetus minda.... Mutiara kata3

"Manusia tidak dapat mengubah bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa melepaskan marahnya itu, maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

"Jika kita bukan pelita malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang malam"

"Even you're in the right track, you'll get run over if you just sit there"- Will Rogers

"Happiness only real when shared"


"Happiness cannot be traveled to, owned, earned, wore or consumed. Happiness is the spiritual experience of living with every minute of love, grace and gratitude"- Denis Watley

soklan cepu cemas....

Sempena memasukkan entry yang ke 100 hari ini...
Dari dashboard terbaca entry dr cik Lulu
Soklan cepu cemas ke?
hehehe Cemas gak nak jawab ni
Tapi aku nak jawab gak

1. Apa benda paling penting dalam hidup anda?
- encik lappy leh
- my Nokia handphones (both)
- IC n lesen memandu
- MONEY...... hehehe... kalau x macam mana nak bayar bil streamyx nanti huhuhu... dan
- cik bibah....

2. Benda terakhir yang korang beli pakai duit korang sendiri?
- ikan cencaru ikan jaket dan ikan kerisi untuk dimasak tengahharu tadi

3. Dimana korang nak langsungkan perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
- kat umah mak aku le mana lagi... tema nak pakai hitam pink atau hitam putih... (mesti cantekkkk)

4. Adakah korang sedang bercinta?
- Absolutely.....

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
- Selagi mana Allah mengizinkan...

6. Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
- surat khabar termasuk x? hurmmmm hehehe

7. Antara mak ayah korang yang mana korang lebih mesra?
- Puan emak.. sebab Encik ayah dah 10 tahun meninggalkan kami... Alfatihah untuk Allahyarham Bosri bin Jalil

8. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang
- buat masa sekarang... encik abang....

9. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
-Tidak.... mesin yang basuhkan..

10. Dimanakah tempat yang korang betul2 nak pergi?
-ke syurga... hehehe

11. Pilih salah satu.. Peluk atau cium?
- Peluk... sebab aku suka peluk teddy kawaii aku kalau cium nanti aku bersin plak...

12. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda...
- kenalan blogger
- known as Lulu
- ape ek?... ha.... klik sini

13. Benda yang korang sayang sangat dalam hidup korang
- benda yang jadi milik aku le ape lagi..

14. 5 lagu yang korang suka and selalu dengar
- For the rest of my life - Maher Zain
- I want you back - Nsync
- Kekanda Adinda - Atilia & MonoLouqe
- Muhasabah cinta - Acoustic
- Gurauan Berkasih - Allahyarham Achik & Nana

15. 5 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini
- Shaheila Alan
- Azizah
- Afizz
- Ika
dan
- Yana

Itu sahaja...
Sekian... terimas..

sembelih lagi...

Musim orang korbankan lembu dah berakhir dah bile berakhirnya hari tasyriq...
Tapi...
Kita dikejutkan pulak dengan berita korban lepas hari tasyriq...
Bukan lembu atau kambing atau unta yang dikorbankan...
Tapi....
Manusia........
Kenapa ada manusia yang tergamak nak mengorbankan nyawa manusia lain
Dan lebih menyayat hati yang dikorbankan adalah seorang isteri yang sedang hamil anak sulung....
Nauzubillah....
Hati suaminya dah dirasuk oleh iblis laknatullah...
Betapa luluh hati seorang ayah yang selama ini menanti kelahiran cucu sulungnya...

Kalau korang nak baca tentang apa yang aku tuliskan ni
Boleh lah baca di sini

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

Wadah pencetus minda.... Mutiara kata2

"Jangan lihat apa yang kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."

"Cintailah yang memberi nikmat, dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"

"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis jika anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak akan dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket seluar"

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya. Carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok pagi"- Hadis Riwayat Ibnu Asahin

"Jangan dilupa pada yang putih kerana ianya bersih, suci dan sering mengingatkan kita pada akhir usia"

"Do all the good you can, by all the means you can, in all the ways you can, in all the places you can, to all teh people you can, as long as you ever can"-John Wesley

"Said also don't listen, Listen also don't understand, Not understand also don't ask, ask also don't do, Do also do wrong, wrong also don't admit, admit also don't correct, Correct also not happy, Not happy also don't say"

Bufday blog....

Hepi bufday 2 U
Hepi bufday 2 U
Hepi bufday 2 www.wahanacitra.blogspot.com
Hepi bufday 2 U.....

Alhamdulillah..
Dah setahun dah kewujudan blog ni....
Dari satu entry kini dah banyak entry yang ada
Dari satu je pengikut kini dah ade 71 pengikut..
Dari statik tajuk header kini dah gerak2
Dari header yang hanya cut n paste kini dah ade header edited dr photo pos pro
Dari zero kini banyak yang aku dah belajar tentang dunia blog, walaupun banyak lagi yang aku belum terokai
Dari aku menjadi silent reader kepada blog2 yg lain, kini aku dah mampu follow publicly

Aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada my dearest fren Mazliyana (liya) sebab liya adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan dunia blog ni kepada aku
Thank Liya....
Thanks kepada rakan2 yang telah banyak memberi pandangan, memberi komen yang membina, berkongsi idea dalam perjalanan aku sebagai seorang blogger...
Thanks kepada En Ben Ashaari sebab melalui program yang beliau anjurkan, kini aku ada ramai kenalan...
Thanks cik fye sebab memberi dorongan dengan menghadiahkan anugerah blog harapan kepada aku
Thanks to cik feez sebab mencetuskan idea untuk aku lebih rajin menchumelkan blog ni...
Thanks to mieza cuz menghargai blog aku dengan menghadiahkan beautiful blogger award... hehehe
Thanks kepada azzey yg rajin memberi pandangan melalui komen....
n Thanks to encik abang kerana sentiasa menjadi pengkritik yang berhemah...

Wadah pencetus minda.... Mutiara kata1

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah"

"Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang. Biar banyak ingatkan mati, dari hidup bagaikan arang"- Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj

"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Hidup adalah tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi."

"Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya. Kemarahan yang ada pada yang jahil dapat dilihat pada perkataannya"- Saidina Ali bin Abu Talib

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"


"If you don't like something, change it, if you can't change it, change the way you think about it..."

Korea... oh Korea

Apo kono eh dongan Korea ni?
Adik beradik pun nak bergaduh
Macam anjing dengan kucing je
Pehal entah....
Dok sibuk nak berperang je...
Aku ada terbaca quote dari seorang rakan
Peace is cheap.... War is expensive..
But...
Why those people choose the expensive one?
Why????!!!!!!
Aku rasa jawapannya adalah
Those people yang choose expensive ni sebab dah terlebih kaya kot
Apelah nasib rakyat korea yang takde kene mengena dengan pembinaan Uranium tu ye?
Tu hero2 cite Korea tu?
Kesiannya kat diorang...
Wonder Girls?
Ish ish ish.....
agak2 lah kalau nak gaduh...
Gunalah keris ke tombak ke lembing ke...
Baru betul2 hebat
Ni tak, guna peluru lah jet pejuang lah
Tu namanya penakut...
Hurmmmmm

Harap2 lah tak akan ada tindakan yang lebih extreme antara dua negara ni
Kalau ada....
Hantar dulu students Malaysia yang belajar kat sana ke keje ke balik Malaysia
Baru lah korang nak tembak ke... tumbuk ke....
Lantak korang lah...

SYABAS MALAYSIA!!!!

Mesti ramai yang dah tahu berita ni kan
Aku pun tumpang gembira buat skuad Hoki lelaki Malaysia
Kerana inilah dalam sejarah
Mereka dapat melayakkan diri ke peringkat akhir
Walaupun agak terlewat
Aku still nak ucapkan Syabas buat mereka
Bukan senang nak tundukkan pasukan India
Tapi....
Malaysia... U did it...
Syabas!!!!!!

Kemenangan dalam peringkat final ni nanti
Akan menambahkan lagi kemanisan kejayaan Sukan Asia 2010...
Do ur best Malaysia...

Monday, November 22, 2010

serikandi teragung


Cantiknya wanita itu!
Apa yang cantik?
Wajahnya, pakaiannya, tingkahnya dan akhlaknya....
Oh. Itulah ciri2 wanita solehah...
Seperti Serikandi Agung..?
Masih adakah lagi wanita semulia Siti Khadijah, Sehebat Rabiatul Adawiyah, setabah Sumayyah?
Masih ada....

Siapa mereka itu?

SITI KHADIJAH 
Isteri pertama dan isteri yang paling disayangi oleh Nabi Muhammad kerana beliaulah insan yang sentiasa disamping Nabi tatkala Allah menurunkan dugaan kepada Nabi.

Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

O wo...
Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...


Agungnya Siti Khadijah menjadi pendamping Nabi disaat Kerasulannya,,,


RABIATUL ADAWIYAH

Seorang wanita yang kental hatinya walaupun pernah tersasar tetapi beliau segera kembali kepada Penciptanya Yang Maha Agung
Seorang wali Allah yang tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah.

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsana-Mu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari-Mu, Tuhan pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Mulianya cinta agung Rabiatul Adawiyah....


SUMAYYAH

Seorang hamba yang tabah hatinya menerima segala kekejaman dari tuannya bukan hanya dirinya tetapi jua keluarganya yang disiksa... Tetapi tidak sekalipun goyah imannya malah makin menebal rasa cintanya pada Allah dan agama Allah...

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah


Masih ada lagi

bisikan nurani

BISIKAN NURANI 
(DARI INTEAM)


Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan




Layakkah aku menjadi perhiasan duniawi yang akan menjadi perhiasan di syurga nanti?
Layakkah aku dipandang tinggi andai jarang aku mensyukuri?
Layakkah aku didampingi andai sering berbangga diri?
Dan layakkah aku menjadi permaisuri dihati seorang lelaki?



Saturday, November 20, 2010

kawan... UiTM dihatiku


masa habis matriks memang aku terkejut sebab dapat tawaran masuk UiTM
sebab dari sekolah
memang aku tak didedahkan pun tentang UiTM
takut pun ade
yelah
dahlah fisrt time akan berjauhan dengan puan emak
jadi segala mcm rasa ada
akan ku gagahi jua

perkara yang paling aku takutkan adalah
"kawan"
ade ke orang nak kawan dengan aku
tapi Alhamdulillah
sepanjang aku belajar 3 tahun kat UiTM
aku ade kawan yang berkongsi suka duka
rasa kecewa
buat report same2
buat experiment same2
buat assignment same2
dok rumah pun same2

Header Baru


Bile BW tengok blog orang lain ade header cantik2
iaitu gambar2 yang di edit
so aku pun teringin gak nak tukar header
hehehe
ngengada x?
hahaha
sebenarnye ade beberapa pict yang aku dah edit sejak 2 minggu yang lepas
cume aku pun x tahu yang mana satu aku nak pilih
semua cantik
hahaha (perasantan....)
meh aku tunjukkan antara header yang aku dah buat
sila lah komen yang mana cantik ye

Friday, November 19, 2010

GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN


LALALALALALA.. LA LA...

I JUST READ KAT BLOG MISS MIRA AIDA BOUT THIS GIVEAWAY
HEHEHE
RASE NAK JOIN SEBAB KEYCHAIN TU WARNA PINK AND CHUMEL...


SGT CUTE KAN?

HARAP2 AKU DAPATLAH YE...
MACAM SIMBOL HARI AIDS PUN ADE KAN
WHATEVER PUN I LIKE IT BECUZ ITS LOVELY PINK COLOR..

BAGI MEREKA YANG NAK TURUT SAME JOIN THIS GIVEAWAY
BOLEH LA LAKUKAN PERKARA BERIKUT
1. PEGI KE BLOG NI
THEN
2. BUAT ENTRY ENTITLED GIVEAWAY PINK RIBBON KEYCHAIN
AND LINKKAN KE BLOG NI
DAH SIAP YANG NI
3. LEAVE A COMMENT KAT BLOG NI
BERSERTA "NAMA" DAN "URL ENTRY" ANDA
SEKIAN....
TERIMAS....

makan2 bersame puan emak...

niat sebenar nak pegi mencari hadiah kahwin member
(kak nab n kak farehan)
tapi sampai je kat ioi dah dengar azan maghrib
pi solat dulu
habis solat lalu kat food area
aku pun tanya pada puan emak
"Mak nak makan dulu ke pegi beli barang dulu?"
walaupun dalam hati ada niat nak makan dulu
dan puan emak pun menjawab
"Makan dulu lah"
Sekali lagi aku tanya pada puan emak
"Mak nak makan ape? yang ni ke (jari aku tunjuk ke arah kfc) atau yang ni (jari aku tunjuk ke arah mama chop papa grill)"
dengan lajunye puan emak menjawab
"chicken chop"
hahaha
walaupun memang dah berniat nak makan kat ctu
hehhe
saje je aku minta pendapat puan emak
manalah tahu puan emak nak makan kfc ke




akhirnya kami singgah lah di mama chop papa grill


setelah mengorder
7 minit kemudian makann kami sampai

puan emak memesan blackpepper chicken chop
dan aku....
saje nak ubah selera
dah selalu makan grilled sirloin steak
kali ni aku makan

mushroom chicken chop

dan air pulak aku order


iced lemon tea (yang sangat sedap)

dan puan emak order

hot tea

Alhamdulillah...
bila sudah kenyang
aku pun bayar
dan kami menuju ke tempat yang dalam perancangan awal nak di tuju
nak beli hadiah....

tara.....
hadiah yang sudah siap di balut
hasil tangan aku yang tak kreatif ni..
hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...