ade ke pengikut?

Sunday, January 30, 2011

back to school

Hahaha macam pelik je kan tetiba aku berpakaian sedemikiam. Act aku pakai baju ala2 budak sekolah sebenarnya sempena minggu orientasi ipg kampus Temenggong Ibrahim. Tetiba teringat zaman muda2 dulu. Pegi sekolah pki bju putih. Hahaha. Masa aku datang daftarkn diri, aku tak pakai baju putih pun n aku tak tahu pun kena pakai baju putih ni. So, aku n kak Hasnah dengan selambenye pakai la baju kurung biasa.
Banyak perkara yang aku tak tahu sebab dalam surat yang aku download xde tulis pun. Dengan yuran RM500. Nasib bek aku bawa duit lebih. Lepas daftar, aku n kak Hasnah kuar pergi Terminal Larkin cari baju putih, kain hitam n tiding putih. Terebang lagi duit aku. Dahla gaji x dapat. Huhuhuhu... Sepanjang minggu orientasi tu takdela penat sangat macam zaman kat matriks n kat UiTM dulu. Yela yang datang jadi students semua dah melepasi 23. Tu yang paling muda la tu.
Student TESL ada lebih kurang 60 orang. Opsyen aku ada 20 orang yang sudah semestinya havoc belaka. Mulut memang tak reti diam. Ada je yang buat kitorang nak ketawa. Pn. Sarala will be our tutor n shes very welcome person.
Thanks to Billy n Farhanah cuz spend ur time untuk melatan kerenah 'orang tua' seperti kami. Hehehe
Published with Blogger-droid v1.6.6

Saturday, January 29, 2011

dikala hujan...

huhuhu... sekarang ni musim hujan kat tempat aku... kat tempat korang macam mana? hurmmm semalam aku baru je balik dari ipg setelah seminggu aku diorientasikan. hurmmm memang penat cume tak macam orientasi zaman matrik n uni. kat cni most of faci muda sgt dr kitorang. so, they give respect to us la... thanks to all facis cus giving us support and prepared us as ipg's students. now we are in holiday mood for almost a week, then after that the stress will come to us.. hope we can overcome it.
Published with Blogger-droid v1.6.6

Sunday, January 23, 2011

Selamat Tinggal SMK Kelapa Sawit...

22 hb menjadi tanggal terakhir buat aku bergelar guru SMK Kelapa Sawit..
2009, 2010 dan 2011 (Januari)....
Aku akan merindukan kenangan aku di SMK Kelapa Sawit samaada kenangan manis atau pahit. Aku akan jadikan pengalaman yang aku timba semasa di SMK Kelapa Sawit sebagai pengalaman berharga untuk dijadikan panduan aku pada masa akan datang...
Bye bye Sawit... I'll miss U..

Friday, January 21, 2011

CoNtesT bLoG pALiNg caNtiK, ComEl dAn KemAs

Wah setelah sekian lama beta tidak membuka tirai AkuShima ni. Kali ini entry khas untuk contest yang telah di tag oleh  fyezrahman.... thanks cik fye...

Contest bertajuk "CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS" ini adalah kepunyaan tuan rumah yang bernama Farah Fauzana Farzana Farzanto.


Jadi kepada kaum hawa di luar sana, silalah join ye contest ini kerana hadiahnye adalah merupakan baju2 yang santeks2 belaka..

Eh jap jap... ada syarat penyertaan ye.. (copy n paste dari blog tuan rumah contest)


  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.
  10. ok xde....
So korang rasa layak tak beta nak menang ketiga2 kategori? Konpem aku menang.. (wah riak kejap beta)
Hhahaha.. sambil masuk bakul n pegang pemegang bakul untuk angkat sendiri...

dan kini tibalah masanya sesi tag meng'tag' ni...
siapakah insan2 yang bertuah ye
jeng jeng jeng...

Sekian.... entry untuk kali ini...

Friday, January 14, 2011

Sentuhanmu....

Terpanar aku pada mentera keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang tebuku dihatimu

Surut dedarku pada usapan menteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

Oh ayah, tak pernah ku tanya
Ke mana tumpahnya keringatmu
Oh ayah tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatimu
Yang terdaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukannya pendesak
Apa lagi memaksa diriku
Aku terdorong bukan terdesak
Apa lagi rasa terdera

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia
Akhiran masa

Tak terkuis dugaan menduga
Apa lagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apa lagi cuba melupa

Sentuhanmu amat bermakna

~Adik rindukanmu ayah~
:'(

Friday, January 07, 2011

Puan Emak Sang Ratu Hatiku...

Tak berniat melukai hatimu
Tak bermaskud mengecewakan kamu
Seandainya semua ini berlaku


Senyumanmu indah bagai pelangi
Mewarnai seluruh jiwa ini
Sayu terdengar suara mesra mu,Ibu

Dan mungkinkah kan terjadi
Maafkan atas segala kesilapan ku
Janji diriku kepadamu ibu
Kan ada selalu
Menemani harimu

Tak berniat melukai hatimu
Tak bermaksud mengecewakan kamu
Seandainya semua ini berlaku, Ibu

Senyumanmu indah bagai pelangi
Mewarnai seluruh jiwa ini
Sayu terdengar suara mesra mu,Ibu



Dari Sudirman Abdul Rahman kepada Aku Shima

24 tahun 9 bulan yang lalu....
"Aduh sakitnya, Doktor tolong saya, sakit sangat ni!" 
Berlari-lari doktor dan jururawat di wad bersalin Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 
"Ok, nurse standby. This Puan is ready to deliver"
"Ok Puan, tarik nafas dalam-dalam. OK bile saya cakap teran, teran ye."
"Ok Puan teran....."
5 minit kemudian......
"uwekkkkkk uwekkk....."
Wah gamat wad bersalin tadi dengan suara bayi perempuan seberat 3.01 kg. Sangat comel bayi tersebut....

27 Mac 1986 4.45 a.m 
Segala sakit jerih payah yang Puan Emak lalui kini hilang bile 'aku' selamat melihat dunia dengan tanpa ada apa-apa masalah. Melihat muka 'aku' Puan Emak tersenyum lalu Encik Ayah mengambilku lalu diIqamahkan...

Puan Emak...
Terima kasih Puan Emak
Menggendongku di dalam rahimmu selama 9 bulan 9 hari
Terima kasih Puan Emak
Mempertaruhkan nyawamu melahirkanku
Terima kasih Puan Emak
Membiarkan susumu mengalir dalam tubuh badanku
Terima kasih Puan Emak
Mendengarkan tangisku
Terima kasih Puan emak
Menyuapkanku nasi ke mulutku
Terima kasih Puan Emak
Memberiku pelajaran ilmu dunia dan akhirat
Terima kasih Puan emak 
Menghantarku ke sekolah
Terima kasih Puan Emak
Mendoakan kejayaanku di menara gading
Terima kasih Puan Emak
Atas segala yang telah engkau curahkan
Terima kasih Puan emak
Atas kasih sayangmu
Kerana semua itulah
Aku sayang Kamu, Puan Emak....

Puan Emak, banggakah dirimu mempunyai anak sepertiku? Tentu Puan Emak tengah berbangga kerana anakmu ini kini bergelar seorang guru kerana itulah impianmu, kan Puan Emak?

Puan Emak...
Saat aku terjatuh ketika baru belajar berjalan
Puan Emak terus membangunkan aku
Tidak pernah puas Puan Emak membantuku untuk terus belajar berjalan.
Saat aku menangis kelaparan
Puan Emak, membawaku ke dapur, mengambil pinggan, disendukkan nasi dan lauk ke dalam pinggan, disuapkan ke mulutku.
Saat aku mengadu dibuli oleh abangku
Puan Emak memarahi abangku kerana mempersendakan aku
Saat aku ingin belajar memasak sehingga tanganku terkena kuali panas
Puan Emak mengambil minyak gamat lalu disapukan ke lukaku..
Saat aku terlupa mencuci kasut sekolahku
Puan Emak siap menjemur kasutku yang telah siap dibasuh
Saat aku terpaksa berjaga malam untuk menyiapka kerja sekolahku
Puan Emak setia menemaniku sehigga siap tugasanku
Saat aku tertekan untuk menunggu keputusan UPSR ku
Puan Emak sudah sedia maklum akan keputusanku
Saat aku terhimpit perasaan kerana kehilangan Encik ayah tercinta
Puan Emak mententeramkanku
Saat aku mengambil keputusan PMR ku 
Puan Emak setia menemaniku
Saat aku menghadapi SPMku
Puan Emak sentiasa mendoakaku
Terima kasih Puan Emak 
Atas segalanya...


Puan Emak...
Maafkan aku 
Andai ada terkasar denganmu
Maafkan aku
Andai ada kedegilanku tidak mendengar katamu
Maafkan aku
Seringkali menangguhkan kerja yang disuruh
Maafkan aku
Seringkali membiarkan dirimu keseorangan
Maafkan aku
Seringkali membuatmu susah hati
Maafkan aku
Setiap kali ada perbuatanku yang mengguris hatimu
Maafkan aku
Pernah sekali aku tidak menurut katamu
Maafkan aku
Pernah aku menipumu
Maafkan aku
Pernah aku membuatmu mengalirkan air mata


Puan Emak...
Aku ingin sekali melihatmu tersenyum gembira
Atas kejayaanku kini
Aku ingin sekali membuatmu tersenyum bangga
Dengan pencapaianku kini
Aku ingin sentiasa berada di sampingmu
Kerana aku ingin membalas jasamu..

Duhai Puan Emak Sang Ratu Hatiku....
Dari dasar hati ini, aku sangat menyayangimu...


Tarik nafas hilang marah

Ang tengah marah ka?
Tarik nafas pelan2, dalam2... lepaih tu hembus bagi keluaq...
Cool man... cool..
Meh baca artikel ni
     v
     v
     v

KUALA LUMPUR: “Jika seseorang itu berada dalam keadaan marah, mereka perlu beredar daripada tempat kejadian ataupun menarik nafas panjang bagi menghilangkan kemarahan itu,” kata Pakar Perunding Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar.

Katanya, cara itu penting bagi mengelak berlaku perkara lebih buruk sehingga membabitkan kematian atau kecederaan parah akibat tidak dapat mengawal kemarahan seterusnya bertindak agresif. “Jika beragama Islam, individu boleh beristighfar dan mengambil wuduk untuk meredakan kemarahan,” katanya. Beliau mengulas kejadian menimpa seorang lelaki berusia 35 tahun yang parah selepas ditikam di belakang badan, leher dan pipi oleh tuan rumahnya hanya kerana mangsa gagal melunaskan sewa RM400 di Jalan Ipoh.

Ketika mengulas mengenai betapa mudahnya individu kini mengambil jalan sendiri menghukum orang lain dengan cara kekasaran, beliau berkata, ia berpunca daripada tekanan hidup. “Banyak tekanan berlaku termasuk di segi perhubungan dan karier sehingga mendorong mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan bertindak melulu,” katanya. Oleh itu, katanya, amalan gaya hidup sihat, termasuk senaman dan pengambilan makanan yang betul selain berhubung dengan keluarga amat penting bagi mengatasi tekanan. Selain itu, katanya, perangai individu juga boleh berubah dan menjadi agresif dengan pengambilan dadah. Akhbar semalam melaporkan hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, mangsa yang parah itu akibat ditikam pemilik rumah terbabit di rumahnya. Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak sedarkan diri, namun keadaannya dilaporkan stabil. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika tuan rumah terbabit datang memungut duit sewa. Mangsa menyewa rumah milik suspek sejak setahun lalu, namun disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan.

sumber: ~myMetro~

Wednesday, January 05, 2011

Oppsss! Tergamam jap...

Assalamualaikum...
Act aku nak story pasal kejadian semalam. Ingat nak update semalam, tapi kerana kepenatan aku tak sempay nak update ape2 pun semalam.
Semalam merupakan hari kedua aku mengajar, tapi tahun ni aku ditukarkn ke sesi petang kerana guru matematik tak cukup.
Jadi untuk sementara waktu aku akan mengajar subjek matematik n geografi untuk tingkatan 1. Selama ni aku ajar budak menengah atas, so aku agak blur la nak ajar budak menengah rendah, walaupun org kata lg senang. Yang aku blur ni act sebab aku tak tahu silibus diorang. Tapi aku try my best kan. Dah namanya cikgu kan.
Setiap selasa memang akan menguji kesabaran la. Kelas aku straight 8 waktu dr 9. So memang terkejar la aku nak solat. Kaki aku mcm nal patah dahla dr kul 1.50 sampai 6.40 aku berdiri je. Pergh.... Nak tercabut lutut. Dahla bleh plak aku mengadap 1 kelas tu 3 waktu straight. Huhuhu. Budak pun dah bosan ngadap muka aku. Nak tak nak aku bg diorang 5 mints break la.
Then bile aku dah hbis kelas je 6.40 tu terus aku pi surau nak solat asar. Tengah jalan ni nak ke surau ada sorang indian boy panggil aku.
"cikgu, cikgu tunggu saya"
Aku pun benti ar kejap. Ingat kenapa. Tibe2 dia ulur tangan nak salam dengan aku.
"saya mahu salam cikgu, bye2 cikgu"
Serius aku terkedu kat situ beberapa ketika. Dari aku berjalan keluar kelas td takde sorang budak pompuan nak salam tpi budak laki pulak yang beria nak salam aku. Tergamam aku. Pas budak tu blah, baru aku geram ke surau.
Tetibe aku suka pulak mengajar petang. Sebab diorang comel sangat.

Mahu Gaduh ka?!!!

Ini entry reminder je untuk aku n kengkawan...

Tadi pagi aku berjalan2 di alam siber ni sambil membaca entry dari mereka2 yang telah aku singgah rumahnya... Ada satu rumah ni aku tertarik dengan entrynye yang memang superb ar boleh buat orang percaye tapi... rupenye ceh melawok je.. nasib bek aku xdelah percaya sebab aku mmg akan baca sampai habis setiap entry yang aku nak baca before aku tinggalkan komen. So bile aku nak tinggalkan komen aku pun terbaca label tuk entry tu 'parody'. Korang tau x ape maksud parody? Pi cari encik google ye... ataupun kilik je kat sini.
Kira aku pun sudah kena tipu ar. Baru aku nak pahamkan. hahaha...

Tapi yang aku nak story kat cni adalah berkenaa dengan komen2 yg dilemparkan oleh para pembaca. Ok aku x pro mane2 k. Tapi aku rasa adalah tidak wajar kalau kita nak hentam orang dengan bahasa yang agak kasar, ok bukan 'agak' tapi memang kasar pun. So kalau orang datang umah kita pastu orang tu cari gaduh dgn kita, kite pun mesti x suke kan? Jadi, kalau kita pegi umah orang, janganlah cari gaduh dengan tuan rumah. Kalau kita tak suke dengan apa yang dia tulis tu, blah je lah. Tapi kalau kita rasa tulisan dia tu agak mengancam nyawa dan pemikiran orang, bagilah nasihat bro. Jangan hentam dengan sifat amarah, buruk padahnya, Korang gak yang sakit hati kan. So untuk peringatan kengkawan dan aku sendiri, gunalah bahasa yang molek2 belaka supaya orang senang nak paham n tak sakit hati.
Sekian....

Tuesday, January 04, 2011

Tolong!!!

Ape kes aku malam2 buta gini. Aku dah cube spenuh hati untuk tdo. Tapi.... Kenapakah? Huhuhu. Bese time2 mcm ni aku dah berlayar naik star cruise dah. Ku pandang kiri, ku pandang kanan, pandang siling, pandang lampu, pandang jam.... Huhuhu.... Tapi still xleh lelap gak.
Tolong!!

Aku dah penat menguap dah ni. Nape mata tak mau pejam gak ni....

Ok. Kali ni aku akan cube lagi sepenuh hati aku. Chiayok Shima.
Selamat malam semua....


Oh ye. I love U la Mr. Spice. Aku post entry merepek kerepek ni dengan touch2 kat kamu saje. Malas nak bgun buka laptop...
Lagipu senyap je aku menaip guna Mr. Spice ni. Kalau guna keyboard laptop mesti ada bunyi sikit. Kemudian akan mengganggu suasana malam yang hening dengan bunyi cengkerik dan putera katak di luar.

Ok. Aku nak hbiskan entry merapu kerapu ni dengan harapan yang aku boleh lelapkan mata aku pasni.....
Tidurlah duhai diriku.
Pejamlah wahai mataku.
Lenalah diulit mimpi2 indah......

Monday, January 03, 2011

Harga minyak naik lagi?

Ape?!!!!
Harga minyak naik lagi?

Ish ni x leh jadi ni. Kena buat demonstrasi ni. Mana adil kalau minyak naik harga lagi. Ini boleh mendatangkan angin ahmar rakyat ni. Kami mahu Parti Keadilan.

Eh hello, yang ko emo sangat ni nape? Ko baca paper x? Bila masa pulak kerajaan umum naikkan harga minyak?

Eh tak eh? Hehehe...

Ko baca ni betul2...


PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.
Timbalan menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai. 
Beliau berkata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.


"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.


"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.


Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.


Tan berkata kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran
bahawa peniaga yang menaikkan harga barang ini akan menghadapi risiko untuk
didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata sokongan pengguna terhadap usaha
mengurangkan penggunaan beg plastik adalah penting dan janganlah hanya mengadu
mengenai larang itu pada setiap Sabtu.


"Adalah amat wajar kita sedar akan perlunya mengurangkan penggunaan beg
plastik demi alam sekitar dan masa depan," kata beliau.


Katanya purata, Malaysia menggunakan lapan juta beg plastik setiap tahun.


"Purata, kita gunakan seliter petroleum untuk mengeluarkan satu plastik beg
dan beg itu akan mengambil masa 500 tahun itu reput. Dan mengambilkira harga
tenaga tidak diperbaharui ini, kita hendaklah mengurangkan penggunaannya,"
tambah beliau. - Bernama

sumber: harian metro

So dah puas hati sekarang. TIADA diulangi TIADA kenaikan harga minyak, tak kisahlah minyak masak ke, minyak petrol ke, minyak angin ke, minyak cap kapak ke... 
Ok SATISFIED????
hehehe...
Sorry ter'emo' plak 

Oh Emak, kami sayang kamu...

Walaupun dah masuk tahun baru, aku nak buat special entry untuk Puan Emak yang kini telah berusia 61 tahun pada tanggal 30/12/10. Kami satu keluarga menyambut ulangtahun kelahiran Puan Emak di rumah. Walaupun simple mimple, tapi rasa sangat hepi cuz dapat tengok Puan Emak tersenyum bangga dengan anak2 beliau. Hehehe...

Selamat Ulang Tahun Puan Emak...
This song i dedicate to U



We love U Puan Emak...


Tak berniat melukai hatimu

Tak bermaksud mengecewakan kamu
Seandainya semua ini berlaku, Ibu



Senyumanmu indah bagai pelangi
Mewarnai seluruh jiwa ini
Sayu terdengar suara mesra mu,Ibu



Chorus:
Dan mungkinkah kan terjadi
Maafkan atas segala kesilapan ku
Janji diriku kepadamu ibu
Kan ada selalu
Menemani harimu



Tak berniat melukai hatimu
Tak bermaksud mengecewakan kamu
Seandainya semua ini berlaku, Ibu



Senyumanmu indah bagai pelangi
Mewarnai seluruh jiwa ini
Sayu terdengar suara mesra mu,Ibu



credit to Encik Mimpi

Sunday, January 02, 2011

Aku Ingin Mencintai-Mu

Assalamualaikum...
Sedang aku berjalan, aku jumpa sebuah rumah ni. Niat nak tumpang berteduh kerana cuaca di luar sangat panas. Aku bagi salam, then aku dengar ada orang nyanyi kat dalam rumah tersebut. Aku cari dan terus mencari suara gerangan siapakah yang sangat merdu.
Ku kuak jendela demi jendela, dan akhirnya aku berjumpa dengan pemilik suara lunak itu....

Nama tuan rumah: Encik Mimpi Mc dReamy
Penyanyi: Encik Mimpi Mc dReamy
Lagu: Aku ingin Mencintai-Mu
Penyanyi asal: edcoustic



Nyanyian diiringi dengan petikan gitar. Sangat merdu alunan dan sangat bermakna setiap bait kata dalam liriknya...

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin kerana ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya
Aku di hadapanMu

Aku ingin mencintaiMu setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan
Dalam setiap langkahku

Aku ingin mendekatiMu selamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemu
DenganMu Ya Rabbi...

Actually banyak lagi lagu yang di akustikkan oleh Encik Mimpi... 

SELAMAT DATANG TAHUN BARU.... 2011

Assalamualaikum semua...
Hari ni dah 2 Januari 2011 means dah 2 hari kita di tahun baru... Harap belum terlambat lah aku nak wish kat u all "Selamat Tahun Baru" @ "Happy New Year" 2011.
Entry di tahun baru ni aku nak mulakan dengan mengumumkan new look of Aku Shima. New background still from The cute blog on the block wif design of fabulosity.... New header.. and new aim... Hehehe

Hope 2011 will bring a shiny moment in every breath in and out...
Da....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...