ade ke pengikut?

Wednesday, February 16, 2011

long journey...

Assalamualaikum...
Hi guys, it took me quite long time to keep myself silent from doodling on my wahanacitra...
Yeah, i'm too bz to settle down my fear, my 'cuak' and my mind. Maybe some of U already knew that I was selected to be a part of IPG Kampus Temenggong Ibrahim family. Yeah i got KPLI for january 2011 intake. Alhamdulillah. Finally after I tried for many times here i am. Really2 appreciate it.
But, my life is no longer 'free' anymore. Its hectic to be here. But i try my best to go thru every challenges here.
My schedules are so packed. Its totally different from Uni lifestyle which i can go 'berfoya'foya' wandering around and hanging around wif my frens. But here, i need to prepare myself to be a multiskill teacher. I need to attend for games (volleyball), olahraga (6 round padang 6x400m=2400m) and also Unit beruniform (PPIM).
it just a word i can describe for KPLI here, it is "H.E.C.T.I.C"...
ok thats all for today cuz i have a lot of assignment to be done by the end of this month.
Frens, please pray for my success here. Thanks..
Ilalliqa'..

Wednesday, February 09, 2011

ERTI CINTA....


Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail 
hendaklah
kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula
ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana 
bisanya
ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih 
hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada 
seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... 
janganlah
sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan
terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan 
segalanya
selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah 
sekadar
keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu 
cuba
membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.... 
janganlah
kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya
kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh 
jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba 
mencari
makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu
akan
basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu 
pasti
membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa 
kamu
berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar
kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila 
dia beralih arah.


Saturday, February 05, 2011

Indahnya dunia

Dikala keheningan malam, sukar bagiku untuk melelapkan mata. Mungkin kerana sodium channel ku aktif membuatkan calcium berlumba-lumba untuk masuk kedalam neurons. Hurmmm... menikmati keindahan malam... Subhanallah, bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kepercayaan untuk melihat keindahan nikmat ciptaan Allah..



Betapa indahnya sinaran cahaya bulan ditemani gemerlapan bintang-bintang serta kejora.... Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah Allahuakbar....

Friday, February 04, 2011

SAYA PON BLOGGER JUGA! SAYA BANGGA!!

Holla....
Segmen baru dari En BEN ASHAARI kite yang tersohor. chewah...
Segmen "SAYA PON BLOGGER JUGA! SAYA BANGGA!! dibuat untuk para blogger tak kira la baru sehari jadi blogger ataupun yang telah tip top sebagai blogger...
1. Letak header BEN ASHAARI BLOG
2. Tajuk adalah seperti yang tertera dan link kan entri ke sini...



3. Dan jawab soalan2 berikut dengan ikhlas ye tuan2 dan puan2...

    a) Kerjaya / pelajar .. IPT mana?
>>>>> Guru Pelatih (KPLI-SR) di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor.

   b) Usia blog anda
>>>>> 1 tahun 2 bulan

   c) Tujuan utama anda berblog
>>>>> Share apa yang aku rasa, apa yang aku lalui, apa yang terjadi baik pada diri aku ataupun sekeliling dan meluahkan apa yang terbuku di hati...

   d) Sumber inspirasi anda
>>>>> Sumber inspirasi untuk membuat blog adalah puan LIYA, sumber inspirasi untuk mencorat-coret adalah En Lappy dan Mr. Spice, sumber inspirasi untuk terus berblog adalah En BEN ASHHARI dan En ABANG....

   e) Blog yang senantiasa dalam kepala anda...
>>>>> i. Blog BEN ASHAARI
            ii. Fyezrahman
           iii. Izamir Ridzwan

   f) Jika anda terpilih untuk berada dalam sesebuah majalah, siapakah blogger yang akan anda beritahu dahulu mengenainya...
>>>>> sama seperti jawapan di (e) 
            BEN ASHAARI sebab kerana segmen beliau, follower aku bertambah dan beliau sangat aktif memasukkan entri baru yang sempoi tapi padat dengan info..
            Fyezrahman sebab beliau suka masuk GA.. hehehe
            Izamir Ridzwan  sebab beliau punye blog sangat banyak info yang menarik

   g) Isu paling best pernah anda ceritakan dalam blog anda.. jika ada..

   h) Isu paling teruk anda dikritik dalam penulisan anda.. ceritakan bagaimana anda menanganinya, jika ada...
>>>>> most isu aku cerita tentang diri aku, jarang aku bangkitkan isu2 yang hangat ni sebab aku malas nak pikir, maybe ada certain isu yang aku cerita dan dapat kritikan dari beberapa orang dan entri itu sudah didelete...

   i) Jika anda sudah dikenali di dalam dunia blog, bagaimanakah caranya anda membantu blogger-blogger baru?
>>>>> salah satu cara adalah buat seperti En BEN ASHAARI buat iaitu beuat segmen bagi memperkenalkan blogger baru ke persada dunia blogger dan juga menganjurkan GA bagi mereka2 sekalian. Oleh kerana aku belum cukup dikenali, maka aku belum layak lah nak buat sperti itu.. hehehe

  j) Pesanan buat blogger-blogger baru...
>>>>> Selamat datang ke dunia blogger. Kongsilah cerita anda dan info2 yang anda ada dengan seikhlasnyanya, Berbloglah secara jujur dan jangan copycat blog orang lain tanpa membuat sebarang credit kepada tuan punya blog ye... Have a nice day in blogging...

Akhir kalam, apepun tentang aku, aku bangga menjadi aku, aku menjadi blogger kerana aku pon blogger...

p/s: penggunaan kata ganti diri pertama 'aku' adalah sinonim dengan diri aku sebab kalau guna saya2 bile type tentang diri sendiri ni aku rasa macam skema je.. hehehe itu pendapat aku, jadi harap2 para pembaca tidaklah tersinggung dengan kata ganti diri 'aku' tersebut...
Published with Blogger-droid v1.6.7

Thursday, February 03, 2011

GA Kasperskye Dari Farisz@AZ.COM

Blog aku telah didatangi oleh  Farisz@AZ.COM dan telah meng'invite' aku untuk menyertai GA ni. Hehehe.. dia punye hadiah sangat menarik ye tuan2 dan puan2. Dari tahun lepas aku nak beli kaspersky ni tapi tak kesampaian lagi hasratku ini. Mana lah tahu kali ni aku tak payar beli sebab boleh dapat hadiah kan..
Hehehe....



Untuk menyertai GA ni, aku kena
1. Jadi follower kepada  Farisz@AZ.COM sebab penyertaan ini hanya terbuka kepada follower blog beliau sahaja.
2. Perlu ada blog, ye saya ada http://wahanacitra.blogspot.com
3. Letak banner kat sidebar blog aku
4. Letak link blog Farisz@AZ.COM di 'blog list' aku...
5. Invite sekurang-kurangnya 3 orang rakan untuk menyertai GA ni
6. And buat satu entry bertajuk "GA Kasperskye Dari FARISZ@AZ.Com" dengan menjawab soalan2 di bawah..


i ) Berikan satu nama lagu nasyid dari kumpulan nasyid di Malaysia yang anda paling gemari.(xramai suka lagu nasyid tapi pilihlah lagu mana yang paling disukai).
Banyak lagu nasyid yang aku suka, tapi aku bagi satu yang memang jadi fav aku lah ye.
Lagu Sutera Kasih dari In-Team

ii) Berikan lirik lagu tersebut dan nama kumpulan tersebut.

Sutera Kasih - In-Team


Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya


iii) Berikan sebab anda suka lagu nasyid tersebut.
Lagu yang selalu aku dengar masa aku belajar kat matrik dan lagu yang membuat aku tenang je bile dengar. Susunan bait2 lirik yang aku rasa sangat menyentuh kalbu kerana untuk mendambakan kasih dari Ilahi adalah sesuatu yang teramat suci..


Dan kini aku ingin meng'invite' 
i) cik fye
ii)  feez
iii) labah-labah merah

Apela nak jadi?

Nauzubillahiminzalik... Mengucap panjang aku baca berita ni. Apela nak jadi dengan umat Islam la ni. Hubungan sejenis ni kan dilaknat. Astaghfirullahalazim... Macam mana la boleh terlibat dalam perkara2 macam ni? Ye memang hasutan syaitan, tapi kan boleh ditepis dengan keimanan.
Bila dah jadi macam ni, porak peranda rumah tangga. Suami di abaikan anak2 pulak ditinggalkan. Duit hilang macam tu je.Tapi yang paling teruk adalah maruah yang dah tercemar dan ternoda oleh hitamnya dosa2 hubungan terlarang ni.
Yang satu lagi kes ni pulak... Aish ape nak jadi.. Usia dah sampai tahap 'rumah kata pi, kubur kata mai' pun boleh terlibat dalam benda macam ni. Baru kena cerai tak sampai 24jam, dah kena tangkap khalwat. Hurmmm. Apela nak jadi...
Published with Blogger-droid v1.6.6

Wednesday, February 02, 2011

Desa Temu Jodoh



Hari ni mak aku ajak aku ke Chaah. Satu tempat yang aku memang tak pernah pegi. Rumah sepupu mak aku kat Desa Temu Jodoh. Hahaha aku pernah dengar nama tempat tu tapi tak pernah sampai lagi. Actually majlis esok, tapi esok tak dapat nak pegi sebab banyak program esok. Jalan tak banjir, tapi macam bukan jalan raya la. Habis sakit2 cik bibah aku melanggar lopak2 kat jalan raya. Tapi ada kawasan yang aku lalu tu ada kawasan yang banjir la. Harap2 banjir ni surut la.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...