ade ke pengikut?

Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal 2011... Selamat datang 2012

Assalamualaikum, Shima kembali lagi bermadah helah disini...
2011 sedang melabuhkan tirainya menutup kisah-kisah lalu sepanjang 365 hari. Apa yang boleh aku simpulkan 2011 adalah the hardest year I've ever experienced. Macam-macam peristiwa berlaku sepanjang 2011 yang tidang mungkin aku boleh lupakan.
Bermula dengan kembali ke alam belajar dan bergelar pelajar di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, memang dahsyat. Dari tadika sampailah masuk UiTM, aku belum pernah rasa stress macam mana aku buat KPLI. Yes memang orang kata jalan singkat, tapi singkatnya tulah yang membuatkan aku stress. Jadual yang padat, aktiviti yang memenatkan. Walaupun hanya satu sem je macam tu, tapi belum ditambah dengan stress semasa praktikum. Memang aku stress masa praktikum. Sangat stress sampaikan berat aku turun 5 kilo dalam masa 3 bulan tu. Walaupun aku takdelah diet kot. Belum campur dengan BP aku naik sampai 130. Tak pernah dalam sejarah hiudp aku macam tu. Tapi bile fikir-fikir balik, lawak je aku ni. Macam tu pun nak stress. Ni semua angkara dapat pensyarah pembimbing yang haru....
Ok itu kisah stress sebab bergelar sebagai seorang pelajar. Memang KPLI dapat elaun, Memang masyuk la elaun tu kalau nak dibandingkan dengan budak pismp, tapi.... still ada tapi. Aku menanggung cik bibah kot. Tiap-tiap bulan nak kena bayar, lum campur makan minum cik bibah lagi. Memang haru biru aku dibuatnya. Time praktikum printer rosak, nak kena beli baru sebab sangat-sangat memerlukan penggunaan printer walaupun 3 bulan je. Itulah masalah orang yang tak berduit, kadang-kadang jeles je dengan member yang dah ade keje and tiap-tiap bulan dapat gaji. Warghh nak menangis aku, bila 2011 menemui bulan November, final exam mari dah. Macam biasa last minute study, tapi Alhamdulillah walaupun banyak rumors mengatakan ade yang fail itu dan ini, aku telah berjaya lulus dengan kepujian, 0.01 poin je lagi nak cemerlang, tapi aku redha jika inilah rezeki aku. Then diteruskan dengan kursus induksi 3 hari, tanpa baca ape-ape aku jawab gak exam KISSM tu, dan Alhamdulillah rezeki memihak kepada aku dan sekali lagi aku lulus. Disember? Ada apa dengan Disember? Ada interview SPP kot. Dua minggu suh prepare tapi macam biasalah last minute baru nak terhegeh-hegeh baca. Tupun sebab member aku si Azira datang tidur umah aku and teman aku study, kalau tak, haram lah aku nak study. Tapi ni yang cuak sebab sampai sekarang result masih belum diketahui dan hanya akan diketahui selepas posting....
Walaupun aku dah sah bergelar graduan IPGM skarang ni, hati aku masih tak tenteram lah sebab aku belum dapat surat lantikan dan posting. :( Sedih kot. Lagi 4 hari nak naik sekolah bila nak posting pun aku tak tau, nampak gayanya nak kena cari keje la sementara tunggu result posting. Bakal Mak Mertua dah tanya kot bila nak posting, dengan malunya aku menggeleng kepala sambil berkata belum....
Tahun 2011 ditutup dengan sambutan ulangtahun kelahiran bondaku tercinta...
Selamat hari lahir mak, I'll love U always, muahhhxxx
walaupun cite kat atas tu smeua sedih, tapi gambar ni membuatkan aku lupakan kesedihan tu dan tersenyum sebab aku bangga jadi anak mak aku.. Sayang mak.
Dikesempatan ini aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, kerana telah melimpah kurniakan rezeki kepada aku dan seluruhkeluarga. Apa yang terjadi di tahun 2011 akan menjadi kenangan abadi dalam kamus hidup aku, semoga kemunculan tahun 2012 akan memberikan sinar nur cahaya dari Allah. Azam tahun 2012?
Perlu ke? Heheheh Azam aku nak jadi Puan Shima, boleh? Hehehe
Selamat Tinggal 2011 dan Selamat datang 2012....
Lots of love from
~~~~~~ ~~~~~~~

Sunday, December 18, 2011

Blog review setelah berusia 2 tahun

Assalamualaikum.
Di pagi yang hening ini, aku bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan aku nafas yang masih sempurna. Maka aku telah dapat menemui raka-rakan blogger sekalian.
Wahanacitra telah berusia 2 tahun. Rasa macam sekejap je dah 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia blogging. Cuma aku tidaklah menjadi popular dikalangan rakan-rakan blogger sebab aku memang x popular pun.
Aku berblog hanya sekadar ingin berkongsi apa jua yang aku rasa, aku nampak, aku lalui dan aku ingini.
Setahun yang lalu aku telahpun menulis satu entri tentang blog review semasa WC berusia setahun. Dan kini aku kembali menulis untuk menyambut ulangtahun yang kedua pula. Cuma aku agak terlewat sebulan. Hehehe kira belated birthday la untuk WC ni. Hehehe
Setahun yang lalu  ~~~disini..~~~

Entri terakhirku tahun 2010 adalah
Malaysiaku Gemilang, aku bangga menjadi rakyat Malaysia.
Walaupun ada pertelagahan yang berlaku, aku berdoa semoga satu hari nanti rakyat Malaysia akan menjadi satu rakyat yang bersatu kerana rakyat Malaysia sememangnya bertuah.

Menjejaki tahun 2011, aku menjadi kurang menulis.
Kerana ke'busy'an yang melanda.
Melangkah ke tahun 2011 dengan entri Selamat datang tahun 2011
dalam entri ni wajah WC ditahun baru jua telah berubah.

Diikuti bermulanya langkah kakiku sebagai penuntut IPG Kampus Temenggong Ibrahim.
Maka bermulah kehidupan yang dikatakan sangat memenatkan.
Hanya bermula dengan luahan di long journey.

Dan bila it comes again pada bulan mac.
Keseronakan dan syukur yang tidak terhingga kearan telah menjejaki usia suku abad,

Aku semakin kesuntukan masa untuk menulis di WC. Kehidupan yang penuh dengan adegan kejar-mengejar dengan masa.
Hanya sempat menulis satu entri di bulan April itupun hanya menggunakan khidmat blogger droid untuk mengekpresi betapa aku tertekan dengan two weeks wif stress.

Jua dibulan Mei, dengan self reflection

Di Jun, apalagi yang lebih berharga selain dari nyawa  yang hanya Allah sahaja layak untuk menariknya kembali.
Aku menulis entri keselamatan lebih penting dari duitku.
Dengan berurah hati aku telah laburkan duit yang memang tinggal seidikit itu untuk tukar 2 biji tayar,

Aku sepi di Julai, Ogos, September, Oktober dan November..
Kesibukan yang tidak langsung berikan aku peluang untuk menulis dan meluahkan rasa terbuku selama aku berpraktikum di SK Kulai. Macam-macam halangan yang berlaku semasa praktikum. Krisis bersama lecturer, ketiadaan tempat untuk aku membuat persiapan iaitu bilik guru yang tidak ada ruang untuk aku dan banyak lagi termasuklah praktikum untuk mengajar murid-murid yang lemah sedangkan lecturer menganggap yang muris-murid aku adalah advance. Itu sepanjang Julai-Oktober.
November aku sibuk dengan final exam yang selama ini tidak pernah tahu apa contoh soalan exam yang akan keluar. Diikuti dengan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) dan kami adalah batch terakhir yang pegi kursus KISSM ni sebab SSM akan diubah kepada SBPA pulak mulai Januari 2012. Setelah tamat induksi diikuti dengan interview dari SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran).

Dan kini di bulan Disember, aku mula aktif menulis semula....
Gerhana bulan, satu fenomena alam yang hanya Allah sahaja mampu berikan pada manusia. Kebesaran allah yang Maha Kuasa memberikan petunjuk bahawa, setiap kejadian didunia ini, Allah Penciptanya...

Sekian untuk review di tahun 2011...
Tinggal 12 hari untuk melangkah ke tahun 2012, tapi jangan kita lupa, kita telah hampir sebulan melangkah ke tahun 1433H. emoga setiap amalan kita sentiasa diterima Allah. Amin...

Sebelum menutup tirai entri kali ini, aku terpanggil sebab ada kawan bertanya kenapa aku memilih adress wahanacitra?
wahana bermaksud jalan atau laluan manakala citra pula bermaksud gambaran atau kata-kata. Maka aku memilih wahanacitra kerana aku ingin meluahkan apa yang aku rasa, aku lihat, aku lalui, dan aku ingini di sini.....
Sekian,
       ~~~~love yourselves because Allah really loves you...~~~~

Macam-macam Google ada

Warghhhh jam di laptop sudah menunjukkan angka 1:28 a.m. tapi mataku semakin segar sedangkan badanku keletihan. Ku cuba jua untuk melelapkan mata, namun tidak jua mata ini terlelap. Ku cuba bayangkan yang inda-indah tetapi tetap mataku bugar. Alangkah indahnya andai ku terbuai mimpi yang indah mengecapi nikmat bahagia.
Opssss ape hal plak aku melalut ni. Bermadah-madah bagai. Ok sekarang bukan mode bermadah helah. Belum sampai masanya sebab nak bermadah ni kena tunggu "feel" yang sesuai. Hehehehe

Tadi aku memaksa encik google meng'explore'kan dirinnya. <<<< ok ini imbuhan yang tidak sepatutnya jangan tiru k.
Jadi aku telah berjumpa dengan satu benda yang sangat 'amazing' dan 'awesome'. Agak ketinggalan zaman gak aku ni sebenarnya. Tapi apa ada aku kesahkan semua tu. Aku nak gak kongsi kat sini sebab aku tak boleh tidur. Hahaha

Ok, apa akan terjadi kalau tetiba laptop korang 'frozen'?
Kalau nak buat boleh pergi ke pakcik Google. Pastu taip 'let it snow' pastu tekan enter. Korang tunggu seminit 2 ape jadi kat korang punya skrin laptop.
Ada jadi macam aku punye tak?



Nak lagi tak?
Hehehe
ok, korang pegi lagi panggil pakcik Google ni. Pastu taip google gravity, then click i'm feeling lucky.
Cer tengok korangnya skrin pa jadi.
Hurmmm gempa bumi jap. Tapi 0.01 skala ritcher je. Hehehe

 Amacam ade best. Kalau tak rasa best pun takpelah. Asal aku rasa best. Hehehehe

~~~~ Selamat mencuba~~~~~

Saturday, December 17, 2011

Apam pisang coklat... lagi percubaan berani

Assalamualaikum.
Kan dah ku katakan, memang aku tengah jadi penternak lemak amatur disamping menjadi chef kat rumah. Oleh kerana tentera aku kat umah ni ada 8 orang, maka aku kena sentiasa memastikan bekalan makanan adalah sangat mencukupi. Kalau tak, alamatlah akan kedengaran pertempuran yang sangat amat dahsyat sekali ketika aku bersenang lenang. Hurmmmm, nak buat macam mana kan nasib aku ler jadi mak usu mereka.

Petang tadi aku try cari resepi apam pisang. Tapi semua resepi yang aku cari kena guna gula perang atau gula merah. Tapi unfortunately, gula perang tiada stok kat umah aku ni. Nak keluar ke kedai malas disamping wallet aku yang semakin menipis ni.

Maka aku telah dengan bangganya menukar resepi kak noorana menjadi resepi aku apam pisang perisa coklat. hahaha. Resepi asal disini.

Nilah resepi aku, ubahsuai sikit je

Bahan-bahan:

2 biji telur (dipukul hingga kembang)
2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1 sudu kecil baking powder*
ayak bahan-bahan*
sedikit garam
1 cawan minyak masak
8 biji pisang 40 hari/ 12 biji pisang lemak manis (dilenyek)

Cara-cara:
Campurkan bahan-bahan yang telah diayak berserta garam dan gula. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul kedalam dan gaul rata. Masukkan minyak masak dan gaul hinga rata. Setelah itu masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul hingga sebati. Biarkan adunan selama 10 minit (tujuannya adalh untuk merehatkan adunan dan membenarkan gula cair di dalam adunan). Panaskan pengukus dengan api sederhana. Sapukan acuan dengan minyak supaya mudah dikeluarkan selepas masa. Isikan adunan 3/4 acuan dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.

Then siap untuk dingap oleh tentera-tenteraku...


~~~~ Selamat mencuba ~~~~

Laksam ana.... Percubaan Berani

Assalamualaikum. Hi guys...
Sejak aku menjadi penternak lemak amatur ni, macam-macam resepi telah aku cuba.
Kini aku adalah pembaca setia My Resepi.com. Jadi sejak join MR ni sebulan yang lalu, boleh dikatakan tiap-tiap petang aku mencuba resepi yang ade kat dalam tu.
Ni dijadikan cerita, aku memang tak pernah makan laksam. Bila aku tengok Masterchef Malaysia hari tu, aku tengok si Zamir ni masak laksam. Tapi aku tertanya gak, laksam ni sebenarnya berasal dari Terengganu ke Kelantan.
Jadi aku pun google la info tentang laksam ni.
Ini ada sedikit maklumat mengenai laksam yang aku petik daripada encik wiki-wiki .

"Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam."


Maka barulah aku tahu laksam ni datang dari Terengganu. Jadi oleh sebab bahan nak buat laksam ni senang aku pun bercita-cita nak buat lah. Tengok macam senang. Hahahaha
Dan hasilnya 
Taraaaa
'
'
'
'
'



Manjadi jugalah walaupun first trial.
Hurm tapi.... jenuh kot nak buat mee laksamnya. Nasib bek sebab ada orang nak datang, then aku teruskan juga usaha aku untuk menyiapkan kesemua adunan, Kalau tak, selamat tinggallah, Giler penat kot.
Tapi aku bangga gak la dengan diri aku sebab aku berjaya buat laksam sebab member aku yang memang orang Terengganu pun tak pandai buat laksam. Kredit to kak yani MR untuk resepi laksam yang simple dan sedap. Tapi kalau dah memang orang johor suruh makan laksam ni kalau tak pedas tak sah la. So aku terpaksalah letak cili bebanyak masa nak makan. 


Kepada kengakawan yang nak try resepi boleh la mencuba resepi dari kak yani ni ye.


Laksam


Bahan-bahan mee laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air


Bahan-bahan kuah:
1/2 kg ikan kembung/selayang/tenggiri/tongkol (direbus dan dibuang tulang)
600 ml santan 
bawang besar
bawang putih
halia
serbuk lada hitam/lada hitam
garam
gula
asam keping


Bahan-bahan ulam:
timun (dihiris)
taugeh
kacang panjang (dihiris)
daun kesum (diracik halus)


Bahan-bahan sambal belacan:
cili
sedikit belacan
gula
garam


Cara-cara memasak
mee laksam:
1. Campurkan kesemua bahan kemudian panaskan pengukus.
2. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk atau loyang.
3. Tuangkan sedikit adunan ke atas tudung periuk dan kukus selama 2 minit.
4. Angkat dan sejukkan seketika sebelum di gulung.
5. Mi laksam dipotong sebelum dimakan bersama kuah laksam.

jadilah macam ni mi laksamnya


Kuah laksam:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam dan isi ikan. (Boleh gunakan air rebusan ikan untuk blend)
2. Masukkan bahan yang dah dikisar ke dalam periuk dan tuangkan santan.
3. Masukkan garam dan gula dan masak sehingga jadi pekat kemudian masukkan asam keping.


Sambal belacan:
Tumbuk kesemua bahan.


Bila dah siap, masukkan mi laksam ke dalam pinggan dan tuangkan kuah. Taburkan ulam-ulam dan sambal belacan. Siap untuk dimakan. 
~~~~~Selamat mencuba !~~~~~

Thursday, December 15, 2011

Posting oh Posting....

Assalamualaikum...
Bila nak posting ni?
Dah sebulan aku bersenang-lenang di rumah. Keje aku kat rumah adalah bake cakes and cookies, masak-masak, makan-makan, tidur-tidur. So, hasilnya adalah 3kg dlm sebulan. Mak aih, betul ke penimbang ni, macam tak percaya je.
Rutin harian aku adalah
6.00 a.m. bangun pagi, mandi, solat subuh
7.00 a.m. buat sarapan (kadang-kadang je, biasanya mak aku yang siapkan)
8.30 a.m. mula kelas tuition budak-budak naik darjah 6 tahun depan
10.30 a.m. mula operasi di dapur (masak untuk makan tengah hari)
12.00 p.m. siap masak dan makan
1.00 p.m. tengok tv, berita, solat zuhur dan perkara yang jarang aku buat masa belajar dulu, tido.zzzzzzz
4.00 p.m. cari idea dan resepi tuk cakes atau ape je yang aku boleh buat untuk dimakan (nafsu makan adalah sangat tinggi time tengah poket kosong ni)
5.00 p.m. solat asar
6.00 p.m mandi dan mula meng'apply' resepi tersebut
7.00 p.m. siap buat resepi tersebut (kalau siapalah) then solat maghrib.....
7.30 p.m. makan-makan, biasanya makan nasi then diikuti dengan pencuci mulut (erk makan kek boleh dikategorikan pencuci mulut ke?)
8.00 p.m. tengok tv dan golek2....
tidur tak pasti pukul berape....
wargh..... aku kena berjimat-cermat dan stop buat kek seketika.
kena pegi jog ni petang-petang tapi sapa nak teman aku pegi jog sila angkat tangan?????
Semoga urusan posting aku dipercepatkan, amin...

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan

Assalamualaikum.
Wah setelah lima bulan cuti daripada berblogging, kini aku kembali menconteng-conteng..
Actually semalam aku dah tahu result final exam aku, and Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab aku telah lulus semuanya.
Dan kini aku telah bergelar semula sebagai penganggur di rumah..... (-,-)..

Berbalik kepada tajuk entri kali ini, ramai yang dah sedia maklum bahawa malam ini akan berlakunya satu fenomena alam yang dipanggil gerhana bulan.

Bagaimana gerhana bulan terjadi?


Gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Gerhana bulan hanya akan berlaku pada bulan purnama iaitu malam 15 haribulan bulan islam. Kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah sejajar di mana bumi akan menutup cahaya matahari daripada sampai ke bulan. (sebab itulah dipanggil gerhana bulan). Kali terakhir gerhana bulan berlaku sebelum ini adalah pada malam 16 Jun 2011 bersamaan malam 15 Rejab 1432H)

Gerhana bulan akan berlaku pada 2 fasa iaitu penumbra dan umbra.
    i. Penumbra merupakan kawasan yang mana bayang-bayang bahagia luar yang mana sukar diamati
     dengan mata kasar.  Pada hari ini ianya berlaku bermula jam 7.31 sehingga waktu kemuncak lebih kurang
     jam 9.45 mlm)
    ii. Umbra pula merupakan kawasan bayang-bayang bahagian dalam, kawasan paling gelap dan terlindung
        terus daripada cahaya matahari (jam 10.05 mlm ini dan berakhir jam 10.57 mlm).


sumber : Falak Online

Perkara-perkara yang boleh dilakukan ketika gerhana bulan:


1. Solat sunat gerhana bulan
2. Berdoa dan meminta perlindungan Allah daripada azab kubur
3. Beristighfar
4. Berzikir
5. Bersedekah

Maka janganlah kita ketinggalan melakukan sekurang-kurangnya berzikir semasa gerhana bulan ini, kerana kita belum pasti dapat berjumpa dengan gerhana bulan penuh seperti hari ini lagi.

Secara saintifiknya, semasa gerhana bulan beberapa fenomena berlaku;
1. Cahaya bulan kelihatan samar selama mana berlakunya gerhana penuh (lebih kurang 30- 60 minit) tetapi bukan bererti gelap terus cuma samar kemerah-merahan tidak terang seperti bulan purnama biasa

2. Fenomena telur boleh berdiri - akibat tindakan graviti maka ianya mudah berdiri. Ajaib kan ciptaan Allah, walaupun ada banyak artikel mengatakan telur boleh berdiri bila-bila masa sahaja apabila cecair dalam telur berhenti mengalir, tetapi semasa gerhana bulan, letak je telur di atas permukaan bumi, memang tak tergolek.

3. Bintang-bintang lebih jelas kelihatan terutamanya bintang yang berwarna biru dan putih, maaf tak dapat ambil gambar sebab ketiadann kamera dlsr yang canggih, tapi dapat disaksikan dengan kurniaan Allah yang lebih mahal harganya daripada kamera dlsr tu.

Oleh itu manfaatkanlah masa yang berharga ini....
sekian...
Nikmatilah santapan daripada kamera vivaz pro dan nokia express music yang sempat dirakam
Ni gambar masa fasa penumbra (dalam pukul 8 mlm)


 Ni masa dah gerhana penuh. pukul 10.08 mlm. try jarak paling dekat dgn vivaz pro, tapi still tak berapa nak pro gak lah..

Ni pulak gambar telur yang berdiri. hurmmm experiment ni masa zaman sekolah dulu, tapi buat tunjuk kat anak sedara tentang kebesaran Kuasa Allah. tarikan graviti waktu gerhana berlaku sebab kedudukan bumi, bulan dan matahari sejajar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...