ade ke pengikut?

Saturday, January 14, 2012

KetentuanNya...

Assalamualaikum.
Satu-satu berita menggembirakan yang aku terima di tahun 2012 ni. Mula-mula tu agak sayu jugalah sebab bila sesi persekolahan dah bermula, tapi kami belum di panggil posting lagi. Tapi telah mendapat khabar gembira dari Daruk Dr. Ir. Wee Ka Siong mengenai penempatan KPLI, PISMP dan B. Ed Tesl akan dilakukan pada awal bulan ini. Tunggu punya tunggu, yes, Datuk mengotakan janjinya. 9 Januari 2012, sepatutnya keputusan penempatan keluar, tapi tunggu sampai pukul 5 ptg, masih belum ada link untuk semak penempatan lagi, aku dah pasrah, tapi aku yakin yang keputusan akan ada dalam masa terdekat ni juga, then tunggulah sampai pukul 10 mlm. Mata aku dah terlalu mengantuk dan aku tertidur sehinggalah pukul 12.10 tgh mlm terjaga sebab anak sedara aku Anip yang tidur dengan aku terjaga, Tengok hp ada mesej dar Azira. "Dah boleh cek, ko dpt mana?"
ha! apa lagi, aku pun terus on laptop dan check la. Alhamdulillah, Negeri: Johor. Terima kasih buat pihak KPM yang bertungkus lumus sehingga lewat malam bagi menyelesaikan kerja-kerja walaupun dah  kena maki hamun dengan orang yang tak pandai nak bersabar dan tak pandai nak bersyukur.
Then, keesokan harinya, cuba la hubungi JPN Johor untuk tanyakan mengenai posting. Tapi belum sempat aku telefon, Dzul dah call aku bagitahu yang JPNJ baru je dapat senarai nama pagi ni. Dan memerlukan lagi masa untuk tempatkan kami di daerah dan sekolah tertentu. Hahaha tulah Dzul, kan aku dah gtau, jangan tanya dulu. Tak sabar sangat. Hahaha.... Maka hari Khamis dah boleh cek daerah masinh-masing. Alhamdulillah, aku bersyukur tak terhingga. Terima Kasih Ya Allah. Daerah: Kulaijaya....
Maka tinggal lah debaran mengetahui nama sekolah yang akan dotempatkan. Pasang angan-angan nak telefon PPD esok. Keesokan harinya.... Aku try call PPD dari pagi x dpt. Hurm rupnye dah tukar nombor. hahaha apa lah aku ni. Dapat panggilan dari PPd jam 11.30 pagi. Bagitahu yang taklimat akan diadakan di Bilik seminar PPD jam 8 pagi. Bawa salinan ic. Aku try korek rahsia gak dari akak tu, tapi hampeh dia tak nak bagi. Bagus betul akak ni, jujur. Hehehe..
Tapi aku tak kisah lah sekolah mana pun yang penting ada beberapa buah sekolah yang aku berharap sangat aku tak dapat. Dan Alhamdulillah, jam 11 mlm boleh cek nama sekolah bagi negeri johor. Alhamdulillah, yang pertamanyaaku bersyukur sebab bukan sekolah yang aku blacklist, hehehe. Yang keduanya aku bersyukur sekolah tu ada latar belakang yang baik sebab Azira pernah praktikum kat sekolah tu. Yang ketiganya, sekolah tu dekat dengan rumah aku, 10 minit je dah sampai. Alhamdulillah. Bersyukur tak terhingga.
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Taman Kota Kulai 2. Nantikan kedatanganku untuk berbakti di sana.

Tuesday, January 10, 2012

Nikmat bersabar...

Assalamualaikum dan selamat tengah malam...

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH Tuhan sekalian alam. Subhanallah Maha Suci Allah, Allahuakbar, Allah Maha Besar.

Betul lah apa yang dikatakan sabar itu sebahagian daripada iman. Begitu besar nikmat bersabar yang diberitakan walaupun segalanya tersirat di sebalik yang tersurat.
Jangan pernah mengharap pada selain Allah. Ya Allah betapa besarnya nikmat  sabar yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Kini aku mampu tersenyum dengan penuh kesyukuran kerana kejayaan kini menjadi milikku.

~~~ berita mengenai posting Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah 2012 boleh disemak mulai hari ini 10 Januari 2012~~~
Tahniah kepada yang berjaya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...