ade ke pengikut?

Monday, February 27, 2012

Aku Tetap Aku

Bismillahirrahimannirrahim....


Dah sebulan aku bergelar seorang warga pendidik. Tanggungjawab yang semakin bertambah. Aku baru nak belajar merangkak dalam bidang ni walaupun pengalaman selama 2 tahun sebelum ni. Tapi amat berbeza sekarang. Baru je sebulan dah mcm2 jawatan yang agak penting aku dapat. Bukan nak mengeluh, cuma aku nak luahkan perasaan je. Aku tak tahu nak luahkan pada siapa. I just need someone to lend his or her ears to listen. Selama ni aku jadi pendengar setia pada orang lain tapi bila aku dalam dilema ni aku cuba mencari orang yang boleh pinjamkan telinga. Aku tak mampu nak pendam sebab itu bukan cara aku. Aku lebih suka luahkan. Tapi aku hanya mampu luahkan di sini. Aku nangis pun tak siapa nampak tak siapa tahu. Bila aku luahkan sebaliknya aku yang kena balik. Aku hanya perlukan orang fahami aku. Aku bukan sengaja busy tapi aku buat keje slow sebab i'm still learning how to manage those workload. Bukan setakat workload je masalah kewangan pun aku kena hadapi. Gaji tak tahulah bila cuepecs nak setuju dengan sbpa tu. Selagi persetujuan tak capai selagi tu aku takde gaji. Berapa lama lagi pun aku tak tahu. Tiap2 hari aku berdoa semoga Allah tabahkan hati aku untuk tempuh semua ni.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...