Act aku nak story pasal kejadian semalam. Ingat nak update semalam, tapi kerana kepenatan aku tak sempay nak update ape2 pun semalam.
Semalam merupakan hari kedua aku mengajar, tapi tahun ni aku ditukarkn ke sesi petang kerana guru matematik tak cukup.
Jadi untuk sementara waktu aku akan mengajar subjek matematik n geografi untuk tingkatan 1. Selama ni aku ajar budak menengah atas, so aku agak blur la nak ajar budak menengah rendah, walaupun org kata lg senang. Yang aku blur ni act sebab aku tak tahu silibus diorang. Tapi aku try my best kan. Dah namanya cikgu kan.
Setiap selasa memang akan menguji kesabaran la. Kelas aku straight 8 waktu dr 9. So memang terkejar la aku nak solat. Kaki aku mcm nal patah dahla dr kul 1.50 sampai 6.40 aku berdiri je. Pergh.... Nak tercabut lutut. Dahla bleh plak aku mengadap 1 kelas tu 3 waktu straight. Huhuhu. Budak pun dah bosan ngadap muka aku. Nak tak nak aku bg diorang 5 mints break la.
Then bile aku dah hbis kelas je 6.40 tu terus aku pi surau nak solat asar. Tengah jalan ni nak ke surau ada sorang indian boy panggil aku.
"cikgu, cikgu tunggu saya"
Aku pun benti ar kejap. Ingat kenapa. Tibe2 dia ulur tangan nak salam dengan aku.
"saya mahu salam cikgu, bye2 cikgu"
Serius aku terkedu kat situ beberapa ketika. Dari aku berjalan keluar kelas td takde sorang budak pompuan nak salam tpi budak laki pulak yang beria nak salam aku. Tergamam aku. Pas budak tu blah, baru aku geram ke surau.
Tetibe aku suka pulak mengajar petang. Sebab diorang comel sangat.