ade ke pengikut?

Wednesday, December 19, 2012

Trip to Sabah Episod 1

Hi guys, dah lama kan aku tak mengupdate blog ni. Dah bersarang sangat2 blog ni. Hahaha..

Kali ni aku nak cite pengalaman aku pegi Sabah, negeri di bawah bayu. Memang terasa bayunya. Ok the story begins.....

Aku pernah berjanji dengan Puan Emak yang aku akan bawa dia pegi sabah bila aku dah dapat keje tetap. Alhamdullillah, tahun 2012 aku telah ditempatkan di sebuah sekolah. Dengan itu merasalah Puan Emak akan gaji aku. Hehehe. Tiketvke Sabah aku dah belibdari bulan April. Lama kan. Aku naik Air Asia. Tiket pegi balik RM235 sorang. Aku pegi bersama Puan Emak and Cik Norhanani. Bertiga saje.

Bertolak ke Sabah 27 November 2012 jam 10.25 pagi. Tapi flight delay 20minit, pukul 10.45 pagi baru depart. Pagi2 bertolak tak sempat sarapan, so naik flight utk perjalanan 2 jam 15 minit tu memang sangat lapar. So masing2 adalah menu masing yang menjadi santapan kat atas awan. Jam 1.05 tghhr Alhamdulillah safely landed at Kota Kinabalu International Airport. Sampai sana kami menunggu ketibaan tourist guide kami iaitu Cik Nadia bersama Puan Ummi. Oleh kerana cuaca hujan yang sangat lebat, maka mereka terkandas dlm perjalanan. Tapi takpe, dok jelah kat dalam airport tu. Bila diorang sampai je, teus gerak ke hotel yang memang aku dah book awal2 iaitu Belfield Budget Hotel dekat area Luyang. Family room hanya RM 65 sahaja. Bilik yang sangat luas dan sangat selesa untuk budget hotel. Kalau dalam 5* aku boleh rate 4.5* la. Memang best. Sebab kalau kat area Bndar KK susah nak dapat harga macam tu. Bilik aku dah cite memang ada class. Kawaszn hotel pulak, sebelah kanan ada AM Bank, sebelah kiri ada Pizza Hut. Lintas jalan ada KFC, dekat lagi dengan coffee bean. Memang mantop. Tak sia2 aku cari hotel ni walaupun ada kawan2 yang memang x suggest hotel ni katanya x pernah dengar. Tapi takcuba tak tahu kan.

So pas check in hotel, kitorang gerak ke Masjid Bandaraya. Kira macam masjid terapung sebab atas tasik. Sampai masjid solat jamak takhir sebab waktu dah asar. Owh kan Sabah waktu solat awal sejam dari semenanjung. So pukul 3.30 dah masuk asar. Lepas solat kitorang gerak ke pasar filipin. Memang banyak sangat barang kat sana. Jadi apa lagi, kitorang borong la. Cuma tak banyak kan. Kena beringat masa berbelanja. Dapatlah apa yang dihajatkan. Aku beli brooch tudung untuk family, then beli beg rotan and beli butang baju melayu untuk En Tunang. Lepas habiskan duit kat sana, perut memang dah berkeroncong minta diisi. Diorang bawa pulak ke tempat makan dekat je dengan pasar tu. Kira area belakang la. Ahhha... Syurga makanan laut. Giler banyar seafood kat situ. Pelbagai jenis ikan, udang, ketam n sotong. Ada gak rumpai air. So pilih punya pilih isilah perut dengan makanan itu semua.
Tengah2 mkn, aku tibe2 terpegun mekihat ketangkasan seorang budak dalm umur 10 tahun siang ikan. Laju giler. Kahum aku, aku pun x pandai siang ikan. Hahaha. Menu mlm tu adalah ikan susu, ketam pama yang tengah ada musim iaitu setiap hujung tahun, sotong katak, udang galah dan latok iaitu sejeni rumpai air. Memang marvellous. Thumbs up.

Bila perut dah berhenti berlagu, kitorang gerak pulak ke pasar malam di kg. Air. Aku beli brooch lagi tapi yang murah punyelah. Then dah penat kitorang gerak balik ke hotel. Tapi sempat singgah orange kedai 24 hours beli megi cup. Hahaha. Untuk sarapan esok pagi kononnya....

Ok, itu sahaja untuk episod 1. Nanti aku sambung episod seterusnya. Sebelum tu, sila layan picca yang sempat aku snap masa hari pertama k.

2 comments:

  1. I juga berminat staying in belfield hotel, u ada gambar for the hotel room? Comfortable tak? Kena bayar deposit in advance for room reservation? Tq!

    ReplyDelete
  2. Belfield hotel ni okay x?sebab mcm xde org bg recommendation pon tuk stay sini..adakah ni hotel baru?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...