ade ke pengikut?

Friday, January 07, 2011

Tarik nafas hilang marah

Ang tengah marah ka?
Tarik nafas pelan2, dalam2... lepaih tu hembus bagi keluaq...
Cool man... cool..
Meh baca artikel ni
     v
     v
     v

KUALA LUMPUR: “Jika seseorang itu berada dalam keadaan marah, mereka perlu beredar daripada tempat kejadian ataupun menarik nafas panjang bagi menghilangkan kemarahan itu,” kata Pakar Perunding Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Osman Che Bakar.

Katanya, cara itu penting bagi mengelak berlaku perkara lebih buruk sehingga membabitkan kematian atau kecederaan parah akibat tidak dapat mengawal kemarahan seterusnya bertindak agresif. “Jika beragama Islam, individu boleh beristighfar dan mengambil wuduk untuk meredakan kemarahan,” katanya. Beliau mengulas kejadian menimpa seorang lelaki berusia 35 tahun yang parah selepas ditikam di belakang badan, leher dan pipi oleh tuan rumahnya hanya kerana mangsa gagal melunaskan sewa RM400 di Jalan Ipoh.

Ketika mengulas mengenai betapa mudahnya individu kini mengambil jalan sendiri menghukum orang lain dengan cara kekasaran, beliau berkata, ia berpunca daripada tekanan hidup. “Banyak tekanan berlaku termasuk di segi perhubungan dan karier sehingga mendorong mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan bertindak melulu,” katanya. Oleh itu, katanya, amalan gaya hidup sihat, termasuk senaman dan pengambilan makanan yang betul selain berhubung dengan keluarga amat penting bagi mengatasi tekanan. Selain itu, katanya, perangai individu juga boleh berubah dan menjadi agresif dengan pengambilan dadah. Akhbar semalam melaporkan hanya kerana gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan, mangsa yang parah itu akibat ditikam pemilik rumah terbabit di rumahnya. Difahamkan, mangsa yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih tidak sedarkan diri, namun keadaannya dilaporkan stabil. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek berusia 41 tahun ketika tuan rumah terbabit datang memungut duit sewa. Mangsa menyewa rumah milik suspek sejak setahun lalu, namun disebabkan dia kini menganggur, mangsa tidak dapat melunaskan bayaran sewa terkini lebih RM400 menyebabkan suspek berang sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan.

sumber: ~myMetro~

Wednesday, January 05, 2011

Oppsss! Tergamam jap...

Assalamualaikum...
Act aku nak story pasal kejadian semalam. Ingat nak update semalam, tapi kerana kepenatan aku tak sempay nak update ape2 pun semalam.
Semalam merupakan hari kedua aku mengajar, tapi tahun ni aku ditukarkn ke sesi petang kerana guru matematik tak cukup.
Jadi untuk sementara waktu aku akan mengajar subjek matematik n geografi untuk tingkatan 1. Selama ni aku ajar budak menengah atas, so aku agak blur la nak ajar budak menengah rendah, walaupun org kata lg senang. Yang aku blur ni act sebab aku tak tahu silibus diorang. Tapi aku try my best kan. Dah namanya cikgu kan.
Setiap selasa memang akan menguji kesabaran la. Kelas aku straight 8 waktu dr 9. So memang terkejar la aku nak solat. Kaki aku mcm nal patah dahla dr kul 1.50 sampai 6.40 aku berdiri je. Pergh.... Nak tercabut lutut. Dahla bleh plak aku mengadap 1 kelas tu 3 waktu straight. Huhuhu. Budak pun dah bosan ngadap muka aku. Nak tak nak aku bg diorang 5 mints break la.
Then bile aku dah hbis kelas je 6.40 tu terus aku pi surau nak solat asar. Tengah jalan ni nak ke surau ada sorang indian boy panggil aku.
"cikgu, cikgu tunggu saya"
Aku pun benti ar kejap. Ingat kenapa. Tibe2 dia ulur tangan nak salam dengan aku.
"saya mahu salam cikgu, bye2 cikgu"
Serius aku terkedu kat situ beberapa ketika. Dari aku berjalan keluar kelas td takde sorang budak pompuan nak salam tpi budak laki pulak yang beria nak salam aku. Tergamam aku. Pas budak tu blah, baru aku geram ke surau.
Tetibe aku suka pulak mengajar petang. Sebab diorang comel sangat.

Mahu Gaduh ka?!!!

Ini entry reminder je untuk aku n kengkawan...

Tadi pagi aku berjalan2 di alam siber ni sambil membaca entry dari mereka2 yang telah aku singgah rumahnya... Ada satu rumah ni aku tertarik dengan entrynye yang memang superb ar boleh buat orang percaye tapi... rupenye ceh melawok je.. nasib bek aku xdelah percaya sebab aku mmg akan baca sampai habis setiap entry yang aku nak baca before aku tinggalkan komen. So bile aku nak tinggalkan komen aku pun terbaca label tuk entry tu 'parody'. Korang tau x ape maksud parody? Pi cari encik google ye... ataupun kilik je kat sini.
Kira aku pun sudah kena tipu ar. Baru aku nak pahamkan. hahaha...

Tapi yang aku nak story kat cni adalah berkenaa dengan komen2 yg dilemparkan oleh para pembaca. Ok aku x pro mane2 k. Tapi aku rasa adalah tidak wajar kalau kita nak hentam orang dengan bahasa yang agak kasar, ok bukan 'agak' tapi memang kasar pun. So kalau orang datang umah kita pastu orang tu cari gaduh dgn kita, kite pun mesti x suke kan? Jadi, kalau kita pegi umah orang, janganlah cari gaduh dengan tuan rumah. Kalau kita tak suke dengan apa yang dia tulis tu, blah je lah. Tapi kalau kita rasa tulisan dia tu agak mengancam nyawa dan pemikiran orang, bagilah nasihat bro. Jangan hentam dengan sifat amarah, buruk padahnya, Korang gak yang sakit hati kan. So untuk peringatan kengkawan dan aku sendiri, gunalah bahasa yang molek2 belaka supaya orang senang nak paham n tak sakit hati.
Sekian....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...