ade ke pengikut?

Sunday, October 31, 2010

Emosi aku...


PMS...
(Pre-Menstrual Syndrome)
"warghhhhhh! jerawat!. benci, benci,benci.."
Hurmmmm tensen betullah bile jerawat naik kat muka.
stress....
Emosi pun tak stabil. cepat marah, cepat sakit hati. sikit2 nak mengamuk. baju renyuk sikit pun nak mengamuk.
mkanan xde pun nak mengamuk. bukan nak cari sendiri
hurmmm apelah aku ni
tapi tu perkara biasa yang berlaku kat kebanyakan perempuan
bile PMS menjengahkan dirinya
semalam adalah kemuncaknye.
dengan semua orang aku nak marah
serius aku tak pernah rasa macam tu.
siap budak kecik pun kena marah dengan aku
hahaha
bile dikenangkan balik
memang kelakar lah aku semalam
bangun tido tadi aku rasa mcam aku kena minta maaf kat semua orang yang terlibat secara langsung atau tak. hurmm
InsyaAllah aku akan lakukan.
Tapi hari ni aku okay dah.
stress pun dah hilang
aku boleh ketawa dengn sendiri
(bukan x waras k)
so aku nak berkongsi tips2 bagi mengelakkan ketegangan di waktu PMS


  1. Coklat. Coklat ni sedap.... so bile makan makanan yang sedap kita tak tertumpu pada tekanan yang kita alami. jadi tahap tekanan kita menurun.

  2. Tido. kalau dah tido, apalah yang kita ingat kan. So tido lah lebih baik dari kita marah kat orang sekeliling kita kan.

  3. Main boling (bagi yang suka je). kalau rasa geram sangat, cuba fokus kat pin boling tu then cube bowl dengan sepenuh hati. mesti puas. (ye aku dah lakukan sebelum ni)

  4. Cite kelakar. Bacalah komik yang kelakar ke cite or movie yang boleh buat kita ketawa. mesti hilang stress sebab muka kita dah bersenam dengan gelak2 tu.

  5. Main game yang senang2. game yang senang ni macam game mario ke boleh buat kita hilangkan tumpuan pada stress yang kita alami.

tips2 yang aku senaraikan ni mungkin berguna da juga mungkin tidak. sebab...
lain padang lain belalang
lain orang lain ragam
jadi buatlah apa jua cara asalkan kita tidak menambah tahap tekanan yang kita alami
so kepada kaum adam, jangnlah pulak rasa pelik kalau tetibe kaum hawa menjerit dengan kuat
jerit pun salah satu cara yang boleh kurangkan tekanan.
selamt mencuba

Saturday, October 30, 2010

beralih angin

sekarang aku dah mula aktif menulis cerpen dan novel semula
hobi yang dah lama aku tinggalkan
menulis memang menjadi kegemaran aku sejak aku di bangku sekolah lagi
jadi sekarang ni hobi tu aku akan sambung semula
jadi sesiapa yang rasa terpanggil untuk membaca koleksi 'karangan' aku
boleh lah melawat http://sahzilmaan.blogspot.com
buat masa sekarang ni aku baru post satu cerpen tu pun baru part 1.
masih memerlukan masa untuk berfikir
so, harap dapat berikan sokongan ye kengkawan

Wednesday, October 20, 2010

buku ke sampah...

tadi masa aku tengah jaga periksa kat 4G1
aku dengar ada suara bising dari atas
aku muka dah bengang je
aku pun apa lagi
aku dok kat tangga tu
pastu sound ar budak atas
"masuk kelas masing-masing sebelum saya naik atas!"
(hehehe amacam garang tak aku?)
pastu masing2 masuk ke kelas
diam ar sekejap
ada lah dalam 5 minit
pastu ada plak satu kelas nak turun ke makmal
tapi bising yang amat....
aku tengok je
tanpa mengeluarkan sepatah kata (buat muka paling garang ar konon)
hehehe budak2 tu diam tak bercakap pun
pastu oklah
selang 13 minit kemudian
adalah 3 orang budak ni
cakap dengan kawan dia yang ada kat depan mata je
tapi suara macam kawan dia ada 1km dr dia
aku yang memang tengah berdiri kat muka punti tu
dengan aksi berpeluk tubuh
aku tengok je budak 3 orang tu
pastu tersengih2 tengok aku
ok pastu diam lah
aku tengok jam dah pukul 9.08 am
lagi 2 mint aku nak kuar dari kelas tu
pastu aku pun meronda kelas tu
tengok budak2 ni dah jawab belum
tengah2 sunyi tu
boleh plak 2 orang budak pompuan ni
kejar makcik tukang sapu sampah
"mak cik, makcik ada terambik buku saya yang ada kat atas tembok tadi tak?"
"la... makcik ingat tadi sampah. makcik ambik masukkan dalam tong sampah ni ha"
dah satu keje lah pulak mak cik tu nak selngkar tong sampah
"selama makcik keje sapu sampah ni, mak cik tak pernah selongkar balik tong sampah tau"
hahahaha
satu kelas aku tu ketawa...
aku nak marah pun tak jadi
sebab aku pun ketawa gak
apalah budak tu
kalau dah tau buku tu nak guna
jangnlah letak sembarangan
kan dah nyusahkan orang je...
moral of the story: jagalah harta kita dengan sebaik-baiknya... jangan letak sembarangan k

Tuesday, October 19, 2010

instinct, six sense or gerak hati

penah tak korang tengok drama Ilusi kat tv3
ala yang lakonan Ashraf Muslim dengan Diana Rafar tu




kalau dalama cerita tu dia banyak cerita tentang instinct
ade term yang diorang guna iaitu ESP (Extrasensory Perception)
ni aku nak citelah tentang ESP ni
tapi tak berapa nak ESP sangat lah
alor kalau omputih kata instinct
aku penah la masa time belaja kat UiTM dolu
time balik kelas je mesti aku teringat kat mak aku
pastu bile aku sampai umah je
mak aku pun calll
macam mak aku tahu je yang aku tengah rindu kat dia
hehehe
tu lebih kurang instinct ar
yang terbaru plak berlaku semalam
time aku tengah gosok baju nak pegi sekolah tu
aku terpikir lah
yang mak mah tukang jahit tu jadi ke tak nak pegi haji
aku ingat nak tanya mak aku time sarapan
tibe2 tengah nak minum teh tu
mk aku pun cakap
mak mah jadi pegi haji
aik..
aku pun terpikir
mak aku dengar ke aku cakap dalam hati?
hehehe
lupa plak tu kan instinct
hehehe....
ada satu lagi aku teringat
(sebenarnya banyak kali berlaku)
masa aku start kete nak pegi sekolah
aku tergerak dalam hati
bestnye kalau dapat makan asam pedas ikan merah hari ni
pastu bile balik aku sampai umah
pas mandi n solat
aku pun buka tudung saji
tara...
tengok2 ada lauk asam pedas ikan merah
hehehehe
see... kan aku dah kata
instinct
kira memang mak aku ada instinct yg kuat la
tak pun naluri hati seorang ibu
mak aku dengar gerak hati hati aku
yang nak sangat makan asam pedas ikan merah
hehehe
hurmmm
i love u mak

jerebu oh jerebu...

sejak beberapa hari ni
keadaan di luar agak suram...
tapi cuaca sangat panas
yang peliknya tu macam ada kabus walaupun dah tengah hari
rupeny2 jerebu
serius aku nampak jerebu tu

sedikit info tentang apa itu jerebu...
*jerebu adalah partikel-pertikel kecil yang tidak/ sukar dilihat oleh pandangan mata kasar, tetapi apabila telah berkumpul dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan jarak penglihatan terbatas.... *

ha itulah yang berlaku kat area Batu Pahat n Senai..
Senai tu termasuklah kawasan aku, Kulaijaya
tapi kenapa Senai n Batu Pahat?
kenapa tak satu Johor??????

mungkin semuanya berpunca dari negara jiran kot... (jiran yang mana aku pun tak sure)
laporan berita dari utusan plak cakap
Butterworth n Seberang Prai pun terkena tempias... tu 16 oktober punye berita...

hari ni 19 oktober mungkin jerebu telah merebak ke kawasan lain plak...
so far IPU masih merekodkan keadaan ok lah..so masih di bawah 50
jadi apa yang perlu kita buat adalah
mengurangkan aktiviti yang akan menyumbangkan kadar pencemaran udara menjadi lebih teruk...
macam buat pembakaran terbuka

tadi pagi masa aku nak pegi sekolah
sambil drive aku sempat snap one picture
memang nampak sangat jerebu melanda



see.... ni kabus + jerebu... bukit yang sepatutnya nampak pun boleh tak nampak...

before masuk ke kelas pun
aku sempat lagi lah snap satu gambar
saje nak menunjukkan keadaan jerebu yang berlaku kat kawasan aku


nampak tak cahaya matahari suram je kan?

2 pictures bawah ni aku snap masa hari sabtu 16 oktober 2010
aku tengah sarapan then mak aku cakap yang kat luar kabus tebal
tapi cahaya matahari nampak kuning je
then aku assume jerebu dan pun memang jerebu

gambar dari tingkap dapur umah aku


gambar dari tingkap bilik aku...



Saturday, October 16, 2010

srot sret2 hidungku

korang pernah tak terasa macam nak potong hidung
pastu cuci pakai dettol sebab nak hilangkan kuman
pas dah siap baru pasang balik
then lega sebab selsema dah hilang...
penah tak?

huhuhu...
kan bagus kalau boleh buat macam tu
virus influenza datang masuk dalam badan aku ni
influenza je eh xde huruf2 yang belakang influenza tu
cecema ar kite...
ada tak orang yang tak pernah kena selsema?
seirus xde...
hehehe
yelah virus influenza ni memang dah sebati dalam badan manusia
menyerang bila2 masa je
sebenarnya selsema ni adalah perkara biasa
orang dewasa akan mendapt selsema 1-2 kali setahun
manakala kanak2 pula akan mendapat selsema 6-12 kali setahun..
hurmmm
ini adalah info yang aku dapat dari efarmasi.com.my

gejala2 selsema adalah :
  • sakit tekak
  • bersin
  • bendalir dlaam hidung
  • sakit kepala
  • sakit badan
  • mata berair


jadi macam mana nak menjaga diri bila dah dapat selsema ni?

  • rehat
  • makan ubat
  • minum banyak air (air masak paling bagus)
  • dan banyakkan sedut nafas dan hembus nafas
  • tidur secukupnya
so apa yang perlu di buat tu buatlah
aku pun dalam proses berehat
banyak dah air aku minum
dan banyak jugalah aku ke toilet
tapi takpe bagus untuk kesihatan

Friday, October 15, 2010

terbaeklah

"makan makanan menggunakan mulut, mengunyah makanan menjadi molekul-molekul mini, menelan, meresap maka mengeyangkan..."
hehehe
jadi tak aku buat ayat menggunakan huruf M
hahaha
makan makan dan makan
ye makan untuk hidup
tapi adakah hidup untuk makan?

tu cite lain
yang aku nak kongsi sekarang ni adalah

Apakah 10 makanan terbaik untuk golongan kaum hawa (pompuan)?

1. Avokado
Kandungan: Asid lemak tidak tepu, potasium, beta karoten, klorofil, vitamin A, B kompleks, D dan E.

Khasiat: Berfungsi menurunkan kadar kolestrol "JAHAT" dan meningkatkan kadar kolestrol "BAIK" (kolestrol pun ade jahat n baik ke?) serta membantu menjadikan rambut dan kuku lebih sihat dan cantik selain bagus untuk mengawal masalah diabetes.

2. Strawberi
Kandungan: Antioksida, asid folat, vitamin A dan C, zat besi serta indeks glikemia yang rendah
Khasiat: Berpotensi mencegah penyakit jantung, kerosakan mata dan saraf serta degrenasi sel di seluruh tubuh dan menguatkan gusi, menyegarkan mulut dan melembapkan kerongkong (ada juga yang kata boleh memutihkan gigi kalau dicampurkan dengan lemon)

3. Minyak kelapa
Kandungan: Lemak trigliserida rantaian-sederhana (medium-chained triglycerides) yang memudahkan makanan diserap dan ditukarkan kepada tenaga.
Khasiat: Menambahkan tenaga tetapi tidak menggemukkan badan, malah sangat bagus untuk diet dan berperanan mempertahankan kadar kolestrol sihat dan meningkatkan metabolisme badan dan baik untuk rambut dan kulit. (jom mandi minyak kelapa pasni. hehehe)

4. Brokoli
Kandungan: vitamin A, C dan K, asid folat dan zat besi
Khasiat: mengurangkan risiko kanser perut dan payudara, baik untuk wanita hamil kerana dapat melindungi janin dan mencegah anemia (ye pasni aku akan makan brokoli) dan dapat meningkatkan daya kerja otak

5. Kacang soya
Kandungan: Isoflavan yang berfungsi seperti estrogen
Khasiat: mengurangkan risiko kanser rahim

6. Yogurt (aku suka yogurt)
Kandungan: Probiotik (bakteria yang mampu melindungi usus), kalsium, vitamin B dan protien
Khasiat: mengurangkan risiko kanser payudara, mencegah jangkitan pada vagina, meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis serta melancarkan proses pencernaan.

7. Ikan Salmon (ikan mahal ni)
Kandungan: Omego 3 dengan DHA dan EPA (mcm iklan susu plak) yang tinggi protein, vitamin B12 dan vitamin D
Khasiat: menurnkan risiko penyakit jantung, strok, hipertensi dan mencegah penyakit Alzheimer serta menyihatkan kulit kepala.

8. Tomato
Kandungan: Antioksida dan likopen
Khasiat: mencegah kanser payudara, memerangi penyakit jantung, melindungi kulit dari sinar UV (untuk awet muda)

9. Lobak Merah
Kandungan: Vitamin A, D dan E, antioksida serta karoten
Khasiat: baik untuk mata, menurunkan risiko penyakit kanser, melembapkan kulit dan memelihara kecantikan rambut dan kuku

10. Jus Oren
Kandungan: Vitamin D, C, antioksida, beta karoten, flavonoid dan karotenoid
Khasiat: mencegah osteoporosis serta menurunkan risiko kanser payudara dan ovari



Dalam 10 senarai makanan terbaik tu aku hanya makan 7 sahaja
iaitu strawberi, yogurt, tomato, ikan salmon, kacang soya, jus oren n lobak merah
hurmmm so pasni aku kena berusaha untuk makan kesepuluh-sepuluh nya
dan dari 7 makanan yang aku makan, yogurt menjadi pilihan aku
sebab habis je aku type entry ni
habis satu cup yogurt nestle aku makan. hehehe

tara....




macam2 flavor aku beli...
hari2 aku makan
sebab...
sedap.....
hehehe

aku dan technician

yerr...
ada ape dengan technician?
baca tajuk macam ada skandal je kan
ish ish ish
Astaghfirullah..
aku masih suci..
hehehe

korang tahu kan apa yang dimaksudkan dengan technician?
ye technician ialah orang yang buat kerja2 teknikal kat tempat kerja
dan skandal aku bersama technician telah bermula
tapi technician yang aku maksudkan adalah diri aku sendiri


ape tu?
hurmmmm
mcm pelik je bunyinye...
ye aku tak tipu..



"Shima, ko tengokkan laptop aku ni. Asal takleh connect internet?"
itu adalah contoh kerjaya aku sebagai technician
ye dengan penuh bersemangat dan rasa ingin membantu kawan
aku pun pegi untuk membetulkan apa yang tak betul....
misi berjaya
ye itu skop tugasan aku yang pertama...

"Shima, meh tolong akak kejap. Akak punye laptop ni hang lah. tak boleh on... kenapa eh?"
ye sekali lagi dengan gagah perkasa aku menuju untuk meninjau masalh tersebut dan mission accomplished..
itu skop tugasan aku yang kedua

skop tugasan aku yang ketiga plak
"Shima, macam mana nak print document ni?"
ye itu simple sahaja....
hujung jari ada jawapannya...

yang keempat
"Shima, nak minta installer untuk printer. Aku tak tahu nak download mcm mana"
klik klik klik
tara.... siap...

"Shima, akak dah install game yang pinjam dari Shima, tapi kenapa tak leh main?"
hehehehe (korang jgn salah faham..
ini bukan tugasan aku iaitu menyebarkan game kat kengkawan sejawat, hanya suka2)
mula2 install game tu, pastu copy...... bla bla bla bla dan bla...
siap tugasan aku yang keenam eh silap kelima...

dan yang terakhir plak....
"Shima, tolong formatkan computer aku"
oh noooooooooo.
im sorry itu tidak termasuk dalam senarai tugasan aku..
bukan apa
aku malas sebenarnya...
nak menghadap computer yang sedang diformat....

sekian
inilah cite skandal aku dengan technician....
aku tunggu gak
kalau lah ada buka jawatan kosong
sbg part time technician kat tempat keje aku ni..
dapat income lebih.. hehehe...



Tuesday, October 12, 2010

ubi....ibu..

yu... u
bi ai..... bi
ubi...
ubi adalah sejenis tumbuhan yang buahnya berada kat bawah..
ish ish ish
mana ada pelik..
betul lah tu
buah ubi ada kat bawah...
x caye?
meh kita tengok


kan aku tak tipu...
menurut kata cik puan seri emak..
ubi ni ada mcm2 jenis


ubi kayu
ubi keledek
ubi keladi
n yang aku tahu korang pun suka makan
ubi kentang
tapi entry kali ni aku nka cite pasal ubi kayu
ubi kayu pun ada mcm2 jenis
ada ubi merah ataupun orang panggil ubi kapas...
ada ubi kuning
sebab warna ubi tu kuning
ada ubi putih...
ubi yang biasa orang buat kerepek ubi tu
and satu lagi jenis ni memang pelik ckit
sebab ubi ni ada buah kat bawah n kat atas..
ubi hijau..

banyak sebenarnya kegunaan ubi ni
boleh direbus, buat kerepek, buat kuih bingka, kuih ketuk ubi, ubi goreng,dan yang paling aku suke
masa arwah nenek aku ada lagi
beliau suka buat bergedil ubi..
memang syiok wooo.
betul2 ho liou.. ( betul ke ejaan aku ni?)
hahaha

tapi cik puan seri emak ada cite lah
masa zaman jepun jajah tanah melayu dulu
ubi lah jadi makan ruji
sebab beras kena catu...

tapi memang marvellous lah..
makan ubi rebus cicah dengan sambal tumis pastu minum air kopi.. memang terangkat
kaw kaw...
hingga menjilat jari
lagi2 kalau time tu tengah hujan n kesejukan...

Monday, October 11, 2010

mata oh mata

"dari kerana mata
yang mempunyai kuasa
ooooo aku tergoda
aku tergoda terkecewa...."

itu adalah lirik lagu dari sape eh?
jap aku google jap..
hurmmmm
haaa. dah dapat dah
dari R. Azmi...

yaaa. ini dia raut wajah R. Azmi

tapi.. jap jap...

act aku bukan nak story pasal R. Azmi

aku pun x kenal sape dia

yang aku nak cite ttg mata.

ye mata.. "eyes"..

setiap orang yg normal mesti ada sepasang mata yang menawan kan...

ye menawan...

x tipu...

beselah aku suke sambil blog walkinng

sambil aku pikir entry aku

then aku pun bukalah youtube nak cari bahan

then aku terjumpa dengan video ni

"how to draw realistic eyes (photorealistic)"

serius aku teruja tgok video ni

aku x penah terpikir nak lukis mata sebigini cantik

(mmg aku x berapa pandai nak lukis pun)

tangan kurang berseni

tapi memang serius aku cakap

aku memang kagum yang amat sangat dengan video ni

dan juga orang yang telah mengahasilkan drawing tu..

superb beb

ni link dari youtube tu

http://www.youtube.com/watch?v=IJ250ng0Lts




sebenarnya ramai orang boleh menghasilkan drawing ni

cume aku kot yang belum di asah bakatnya

hehehe

mungkin kalau aku dapat menghasilkan lukisan mcm ni

kalah pelukis terkenal tu

Abu seman Awang Besar

hehehe

Abang Abu, jangan mara eh..

saje berangan kejap... (macam Abang Abu tu kenal aku je)

dan ini adalah hasil lukisan dari aku

hahaha.. pliz jangan kutuk

sebab tangan aku memang x berseni pun...

aku lukis apa yang aku nampak je.





hahaha.... terkenang zaman dolu2

tadi tengah sekodeng2 lagu lama kat youtube..
tetiba aku telah bertemu dengan video yang membuat aku tergelak sendiri

hahaha


video

video ni dirakamkan tatkala aku menjadi fasilitator kat KMJ

KMJ? ape tu?

tu singkatan Kolej Matrikulasi Johor a.k.a Matrik Tangkak

tempat aku belajar setahun la lebih kurang

msuk Mei 2004 habis mac 2005

hehehe

Alhamdulillah aku berjaya gak habiskan matrik aku dengan pointer 3.39

Amin...

tapi yang ni aku dah jadi fasi kira dah jadi seniot lah

kalau di amati dalam video tu xde pun wajah ayu aku.. (ekekek sila muntah)

sebab nye aku berada di hadapan merekaiaitu instructor aerobik tu

ha ni aku nak ingatkan

ni bukan joget cucuk bintang k...

ni aerobik tau

yg jd mcm joget cucuk bintang tu sbb bebudak tu baru nak belajar

hahahah

aku terguling2 bile tgok aksi mereka nih...

tapi memang marvellous lah...

5 star aku bagi atas kesportingan mereka....

thank's ya'll

Saturday, October 09, 2010

raya sebulan....

Alhamdulillah...
hari ni sudah melangkaui bulan Dzulqaedah...
semalam adalah 29 syawal
hari terakhir dalam bulan syawal (hari raya aidilfitri)
siyes aku katakan tahun ni punye raya memang aku celebrate almost full a month
meh aku cite kan perjalanan selama sebulan dalam bulan raya
1 syawal.... (hari jumaat)>>>> aku n adik beradik aku pegi beraya ke umah sedara mara a.k.a jiran2 di kg terchenta... Kg sri paya
adalah dalam 10 buah umah dikunjungi
2 syawal>>>>>> duk saje di umah menunggu kehadiran tetamu yg dtg beraya
3 syawal>>>> yeah hr ni aku berjalan lagi... tapi just pegi umah bestfren aku je Intan Fadzilah Abd Rahman kat iris park, then pegi umah Siti Hajar sabran kat Kg. sri Paya n umah Nur Dalila Ibrahim kat saleng...
4 syawal>>>> pegi umah Nur Faezah Basri di Tmn Manis, umah Mohd Faiz Said di Bandar Tenggara n umah Mis Niezam Major di Gunung Pulai...
5 Syawal >>>> hari ni banyak umah gak lah yang pi...
umah Hisyam Izzaire, umah Azza Wahid, umah Abd Rahim Abd Rahman, umah kak Sirul Husna Abd Rahman, umah Noorlie Boonadir, umah Sharil Sarman, umah Nazrul Affendy Idrus n umah Muhammad Syukri Abd Salam... (fuhhhh banyaknye.... kan????) hehehe
itu semua di siang hari
di malam hari plak, aku terpaksa balik kampung.. (mcm x leh nak tunggu esok je...)
6 syawal>>>> pepagi buta lagi dah kna gerak balik umah semula sbb kak ngah aku nak datang
petang plak aku pegi renew road tax kete....
7 syawal>>>> hantar kak ngah aku balik umah dia kat Pt Sulong Bt Pahat
8, 9 n 10 Syawal>>>> masa untuk aku berehat... isnin dah start skul...
11 - 14 syawal>>>> start skul dah
15 - 17 syawal>>>> ber"camping " di Taman Rekreasi Mardi Kluang...
18 syawal>>>> beraya ke umah Kak Hasanah, umah Encik Hasram n umah Kak Juliah di Bandar Putra
19 syawal>>>> beraya ke umah kak Habibah Ekhsan n En Junit..
20 n 21syawal>>>> duk di umah saje
22 syawal>>>> open house di umah Kak Habibah Yahaya
23 syawal>>>> jamuan raya kat skul
24 syawal>>>> open house kat umah sepupu aku kat Felda Taib Andak
25 syawal>>>> beraya kat umah kak Masina Azad Khan
26 syawal>>>> umah kak Farawahidah Apandi
27 syawal>>>> di rumah melayan tetamu yang datang
28 syawal>>>> uamh sepupu aku di Tmn Putri
n lastly the end of the syawal
29 syawal>>>> umah kak Haidas...
tapi yang bestnye hari ni
1 Dzulqaedah pun beraya gak >>>>>>>>> umah Kak Rozana Sa'at di Senggarang Bt Pahat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...