ade ke pengikut?

Wednesday, June 01, 2011

game terbaru ke?

Zaman sekarang ni dah macam-macam permainan @ games yang ada kat pasaran. Ade game perang-perang, ade game tanam-tanam and macam-macam lagilah. Kiranya kalau tengah bosan-bosan memang bagus permainan ni dimainkan ataupun menghabiskan masa bersama family tersayang.
Tapi sekarang ade pulak game campak-campak. Perghhhh. amazing punye game la ni
boleh main campak-campak dari tempat tinggi ke bawah. Dah macam main angry bird pulak kan.  Tapi angry bird tu kita aim oink2 sampai kecundang. Yang ni lagi grand punye game.
Game ni dinamakan campak bayi dari tingkat tinggi..
Amacam gempak tak?


KUALA LUMPUR 1 Jun – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati, dipercayai dicampak dari
 tingkat tinggi sebuah pangsapuri di Sentul, di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian pukul 12 tengah malam, bayi malang itu ditemui dengan kesan cedera parah di kepala dan dibungkus dalam plastik hitam.
Polis sedang memburu pelaku jenayah kejam itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya segera menghubungi mana-mana balai polis. – Utusan

Mengerikan betul keadaan bayi ni masa aku tengok kat berita tv3 petang td. Tak tahulah hati apa yang ada dalam badan manusia yang campak bayi ni kan. Nak cakap hati binatang, binatang pun tak pernah campak baby dari tempat tinggi. Ish... ish.. ish.... Kalau la dapat jumpa dengan sapa yang campak bayi ni kan, apa kata kita buat hukuman campak dia pulak dari tempat tinggi ke bawah. Biar dia rasa macam mana sakitnya bayi ni kena campak. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...