ade ke pengikut?

Saturday, June 04, 2011

Keselamatan lebih penting dari duitku....

Hari ini dalam sejarah. Aku telah bermurah hati mendermakan wang RM304 kepada kedai tayar sylverstone bt 26 kelapa sawit kulai kerana aku sangat bermurah hati hari ini. Aku ingat just kena tampal je tayar yang bocor, tapi rupenye aku terpaksa menukar dua tayar hadapankereta aku kerana telah sangat-sangat dahaga sehingga terpaksa menyiat kulitnya (haus sampai koyak tayar aku).
Maka terpaksalah aku tukar tayar demi keselamatan aku dan semua penumpang yang akan naik kereta aku nanti. Ape boleh buat terpaksalah aku lakukannya. Aku taknak tanggung risiko kalau ada pape perkara buruk berlaku semasa dalam perjalanan.
Apa yang berlaku telah memberi aku kesedaran yang amat besar kerana Allah telah menyedarkan aku untuk tukar tayar kereta dan beri petunjuk awal kepada aku. Syukur YaAllah kerana petunjuk yang diberi. Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Duit tak akan dapat bayar ganti rugi nyawa yang melayang....
Published with Blogger-droid v1.6.9

Thursday, June 02, 2011

Nak nangis le camni...

Huhuhu.. tadi aku dapat call dari classmate aku incik ahmad fadhli. Dia bagitahu aku tentang tempat praktikum. Surprisingly, tempat praktikum berubah sudah. Huhuhu. Dulu list yang dikeluarkan oleh Unit Praktikum adalah dekat dengan kawasan rumah aku, tapi sekarang jauh pulak sudah. Dulu sekolah yang aku pilih adalah SK Kulai kira-kira 10 minit dari umah aku.Tapi sekarang aku ditempatkan di SK Taman Johor Jaya 3 paling cepat pun dalam 45 minit dari umah aku. If tak jam la hiway pasir gudang tu. Huhuhu..


Apepun aku terima segalanya sebab kat manapun akan aku ditempatkan untuk praktikal ni semua ini adalah dugaan sebagai seorang guru. Aku yang memilih untuk masuk KPLI ni, jadi aku kena terima apa sahaja. Semoga perjalanan aku sebagai bakal guru akan dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah. Amin.. U guys, doakanlah ye perjalanan shima dalam menempuh ranjau untuk bergelar seorang guru yang berdedikasi suatu hari nanti.

Wednesday, June 01, 2011

game terbaru ke?

Zaman sekarang ni dah macam-macam permainan @ games yang ada kat pasaran. Ade game perang-perang, ade game tanam-tanam and macam-macam lagilah. Kiranya kalau tengah bosan-bosan memang bagus permainan ni dimainkan ataupun menghabiskan masa bersama family tersayang.
Tapi sekarang ade pulak game campak-campak. Perghhhh. amazing punye game la ni
boleh main campak-campak dari tempat tinggi ke bawah. Dah macam main angry bird pulak kan.  Tapi angry bird tu kita aim oink2 sampai kecundang. Yang ni lagi grand punye game.
Game ni dinamakan campak bayi dari tingkat tinggi..
Amacam gempak tak?


KUALA LUMPUR 1 Jun – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati, dipercayai dicampak dari
 tingkat tinggi sebuah pangsapuri di Sentul, di sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian pukul 12 tengah malam, bayi malang itu ditemui dengan kesan cedera parah di kepala dan dibungkus dalam plastik hitam.
Polis sedang memburu pelaku jenayah kejam itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya segera menghubungi mana-mana balai polis. – Utusan

Mengerikan betul keadaan bayi ni masa aku tengok kat berita tv3 petang td. Tak tahulah hati apa yang ada dalam badan manusia yang campak bayi ni kan. Nak cakap hati binatang, binatang pun tak pernah campak baby dari tempat tinggi. Ish... ish.. ish.... Kalau la dapat jumpa dengan sapa yang campak bayi ni kan, apa kata kita buat hukuman campak dia pulak dari tempat tinggi ke bawah. Biar dia rasa macam mana sakitnya bayi ni kena campak. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...