Assalamualaikum w.b.t
Nak kabo kat sini, 3 tahun lepas tahun 2009 dan 2010 aku masa tu masih berstatus guru sandaran lagi. aku sambut hari guru kat smk kelapa sawit. Walaupun time tu kira dah bergelar guru dah feeling lain la, dah la mengajar sekolah menengah kan then bukan guru tetap, so feeling tu kureng la sikit.
Tahun lepas 2011 aku sambung belajar buat KPLI dapatlah sambut hari guru kat IPG KTI, tapi time tu aku partially teacher la a.k.a teacher to be la. so time nyanyi lagu Guru Malaysia tu bangga takdelah melangit sangat.
Tahun ni kira aku dah dipostingkan sebagai Pegawai Pekrhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) gred DG41, tapi sadis giler kot. Dah la 1st time nak sambut dengan bangga sebagai PPPS and nak nyanyi lagu Guru Malaysia depan anak murid, tu sume mimpi je. Dah jadi kenangan pun. And aku takkan dapat revise pun moment tu, sebabnya masa tarikh 16 Mei 2012 aku terlantar di katil 8 wad 2 Seri Maharani Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai akibat viral fever, denggi. huarghhhh. 5 hari aku kena tahan kat wad. Sengsara beb. Aku rasa dunia aku gelap je. Tulah ujian dari Allah. Aku terima lah. Tu nasib bek 5 hari je, kalau ikutkan doktor nak tahan aku lagi lama kot. Sebab aku punye condition tak mengizinkan aku balik. Aku dapat keradangan hati akibat denggi tu. Tapi kerana aku ni memang keje protes je, sampai darah aku pun protes tak nak kuar masa hari jumaat tu, maka doktor pun akur lah bagilah aku balik hari tu gak. hahahaha.
Rentetan peristiwa aku kena tahan kat wad panjang sebenarnya......
Actually aku baru balik dari iring budak2 pegi camping kat Hutan Sungai Bantang, Bekok. Two days later aku demam, and nasib bek time tu 1st May, Hari Pekerja, So seharian lah aku terlantar kat umah je. Then aku recover lah. Seminggu tu aku biasa je lah sampai ada pegawai jabatan kesihatan datang sekolah sebab ada budak sespected leptospirosis. Tapi time tu aku memang sihat cuma selsema je lah.
Cikgu lain yang kena hantar pegi hospital ambik darah last2 aku yang masuk spital.
Hari Khamis aku dating dengan mek Nani ke JPO, saje je sebab aku dah janji after dapat 1st salary nak ajak dia pegi JPO. Balik tu aku rasa badan aku seram sejuk je. Pasai pa tak taulah. Aku pun terus pegi Poliklinik Koh. Then Dr. check temp aku 39.2. Wah sangat panas kot memang aku rasa macam nak terbakar telinga tu, and aku dapat mc sehari jumaat tu.
Jumaat, Sabtu dan Ahad aku hanya bergantung kepada paracetamol, antibiotik, ubat selsema and tahan sakit. Hari Ahad abang aku siap offer nak hantar aku pegi klinik lagi nak dapatkan mc sebab dia tengok aku macam belum nak sihat kan, tapi ubat dah habis. Tapi aku refused sebab aku rasa aku dah ok and boleh pegi sekolah esoknya tu.
Pagi Isnin, aku rasa badan aku lemah sangat sampai mak aku suh abang aku hantar ke klinik kesihatan bukit liki, tapi kakak aku datang tengok tangan aku dah kuar ruam terus kata nak hantar aku ke spital je. Time tu aku dah tak menjawab ape dah, aku ikutkan je.
Sampai kat spital MA yang cek aku siap tanya aku sekolah kat mana lagi. Kecik sangat ke aku ni sampai dia ingat aku ni masih sekolah lagi. Huhuhu. Dah la panggil aku 'adik'. Serius aku rasa macam dilayan macam budak sekolah. 3 jam aku kat unit kecemasan, masuk air, sorang Doktor cina datang menghampiri aku. Dia pun ingat aku sekolah lagi. Siap tanya datang dengan sapa. sekolah kat mana. Huarghhhhh. Aku pun cakaplah yang aku ni CIKGU dah keje and dah BESAR kot ataupun dalam erti kata lain dah TUA. Baru dia kata owhhh ingat sekolah lagi. Dia pun cakap dia kena masukkan aku ke dalam wad. Huarghhh aku punye perasaan macam kena masuk penjara time tu. Masa nurse tolak aku dia pun anggap aku budak sekolah siap cakap, nanti akak bagitahu mak adik ye akak dah hantar adik masuk dalam wad. Jangan sedih tau. Ceh, bukan setakat sedih aku dah nangis macam nak banjir je kat spital tu.
Tunggu punye tungu mak aku 2 jam tak masuk2 lagi. Aku pun pinjam handphone makcik katil sebelah hntar mesej kat abang aku suh mak aku masuk. Barulah mak aku masuk, tapi time tu mata dah bengkak la. pakai spec pun mata dah kelabu asap je. Aku sempat mesej kat Kak Aishah and Hjh Roslah, GPK 1 je. Diorang pun terkejut.
Banyak insiden yang berlaku kat spital tu yang mana aku rasa lagi lama aku dok situ boleh bukan setakat keradangan hati je aku dapat, hari-hari aku merdang and then kena stress. Tu nanti aku cite dalam episod seterusnya ye. Tangan aku masih kebas nak menaip panjang-panjang ni walaupun aku ada cakap dengan Paan ayang aku akan menulis kebih panjang daripada cite dia masa dia excident dulu. Hahaha. Tunguuuuuu....
No comments:
Post a Comment