ade ke pengikut?

Thursday, May 24, 2012

Kenangan Hari Guru 2012 Episod 2

Assalamualaikum w.b.t

Kini aku kembali mencoret tuk episod ke-2 plak. Hehehe. Kenangan yang memang aku nak sangat lupakan bila mana aku kena sambut Hari Guru kat spital. 

Malam pertama aku kat spital ditemani Puan Emak. Payah giler kot dengan tangan aku kena masuk drip then ditambah perisa sakit perut sebab gastrik lagi. Ish ish ish. Tido dalam kelambu aku malam tu. Tapi kira boleh tido gaklah sebab aku penat kot and ditambah makan paracetamol lagi. Cuma aku rasa aku kehilangan tenaga and darah. 3 kali ambik darah sampai nurse pun x tahu nak cucuk mana nak ambik darah sebab kawasan lengan aku dah naik rash sume. Tapi yang paling aku sakit hati sekali adalah time kena check bp. sakit kot. Aku rasa benda tu ketat giler sampaikan lengan aku berbekas macam kena dera. Pukul 10 check bp, pukul 11 lebih makan ubat, pukul 2 check bp lagi, pukul 4 makan ubat plak. Aduh memang tension aku dok spital. Kul 6 ambik darah plak. 

Malam ke-2 dan malam ke-3 aku takde orang jaga. Pastu aku tak boleh tido plak. Sakit perut sampai aku memang tak boleh tido langsung. Nurse pun pelik kenapa aku tak tido padahal pesakit lain tido nyenyak kot.

Mana taknya malam ke-3 aku dapat jiran baru orang vietnam. Tak pandai cakap melayu. Keje dia bebel dalam tepon je cakap cina pastu nangis. Kesian gak aku dengan dia sebab dia baru 10 hari bersalin dah masuk spital sebab kena denggi. Macam orang meroyan pun ada gak. Baju anak2 dia selerak atas katil. Nurse pun geleng kepala. hahaha.

Tanggal 16 Mei 2012 sepatutnya aku nyanyi lagu Guru Malaysia dihadapan anak-anak murid SK Taman Kota Kulai 2. Tapi apakan daya aku hanya mampu sambut atas katil spital je. Tapi aku terharu sangat sebab kengkawan datang melawat bawak hadiah, buah-buahan dan bunga. Paling aku terharu Guru Besar datang melawat aku. Masa tu aku dah nak nangis dah. 

A big thank goes to Kak Aishah, Kak Zihan, Kak Thohirah, Kak Liza, Kak Rehe, Kak Sherry, Kak Jam, Kak Linda, Kak Fadzilah, Syafawati, Kak Komala, En Ramli, En Sapian, Bakhtiar, Ustaz Amir and Paan. Thanks guyz you are so awesome. 

Bila ada bunga atas katil spital tu semua nurse ingat aku boleh senyum lebar siap ada nurse pujuk aku. "Dik senyum la sikit. Kan dah dapat bunga cantik. Cikgu-cikgu datang melawat lagi" dia ingat aku budak sekolah lagi. Pastu mak aku pun jawab "tu bukan cikgu dia, tu kawan-kawan dia" terkejut nurse tu tau aku ni cikgu sebab perangai macam budak2 kan. nangis je kejenye. Hahaha. Tapi sorrylah kakak2 nurse, aku memang tension sebab aku langsung tak bleh makan kat spital tu. Apa gak makanan yang ada bila aku bau terus muntah. Apa cer. Tu yang tiap2 hari aku pujuk Dr bagi aku balik. Aku makan buah je. Kira 5 hari kat spital aku jadi vegetarian lah. Hahaha. 

Malam ke-4 Puan emak teman aku lagi sebab aku asyik muntah je hari tu. Dah masuk hari ke-4 dah 20 botol drip masuk. Aku jalan pun dah macam belon je. Tak boleh duduk or cangkung sebab segalanya membengkak. Sampai kawan-kawan aku cakap yang tak kenal aku pun ada sebab muka bulat. Hohoho berat air je dah 5.5 kg. 

Daripada 6 botol sehari, Dr terus kurangkan 2 botol je sebab aku dah tak demam. Kes pasal demam pun memang keje aku protes je. Nurse bagi makan ubat aku bukan makan pun. Hahaha. Giler jahat aku dok spital. Aku buang ubat tu. Sebab aku tau kalau aku hanya bergantung pada paracetamol je, hati aku makin sakit. Enzim makin tinggi. So start hari khamis tu memang aku tak makan ubat siap nurse tu pujuk pun tak jalan gak. Aku pun dengan bangganya suruh nurse tu ambik balik ubat tu. Cian nurse tu kan kena buli dengan aku. 

Hari ke-5 pukul 6 pagi.......
Ada sorang nurse datang nak ambik darah. Cucuk kat lengan kiri, tak nak kuar gak darah tu, cucuk lagi tak kuar gak, kali ke-3 cucuk siap sampai ke arteri pun tak nak kuar gak darah tu. And last kali ke-4 cucuk, memang nurse tu hampa sebab tak dapat kuarkan darah aku. Pastu dia tanya aku kenapa darah aku taknak kuar. Memang kena bahasakan jelah nurse tu dengan aku. "Tulah pagi-pagi dah cucuk orang. Darah pun tau nak tido, [agi-pagi tak mo kuar lagi dah kena cucuk. Darah pun lum bangun tido lagi." Nurse tu macam bengang je dengan aku. Tulah akibatnya tanya dengan orang yang memang tengah tension sebab tak boleh balik, tak boleh makan and tak boleh tido. 

Pukul 7.15 sorang nurse lain plak datang nak ambik darah. Kali pertama dia dah berjaya. Memang la berjaya sebab nurse tu memang baik. Cakap pun memang sejuk je hati aku. Siap cite lagi pengalaman dia dok spital lagi. 

Pukul 9 Dr datang check. Aku pujuk lagi Dr. Kak Zana, nurse yang baik tu pun tolong pujukkan Dr tu. HAhaha tapi hampeh gak. Tetap tak boleh balik. Pastu Kak Zana siap cite lagi yang aku tension sebab aku tak boleh tido sume. Pastu Dr cakap tunggu result darah pagi tadi waktu petang nanti.

Bila dah Dr tu cakap macam tu aku apa lagi, start pukul 12 memang aku dah tak sentuh katil dah. Aku duduk je kat kerusi sambil tengok tv, sebenarnya aku tunggu Dr datang bagitahu yang aku boleh balik. Pukul 2 ptg tu Kak Zana tu datang and bagitahu result darah bacaan Alt menurun, and ada kemungkinan aku boleh balik. Tunggu Dr masuk je nanti. Aku gembira tak terkata. Rasa nak peluk je Kak Zana tu sebab dia baik sangat.

Pukul 1 lebih tu Nani datang. Dia peluk aku terus dua2 nangis. Tak kata apa dah. Sedih giler time tu. Aku sedih sebab aku pikir nak balik je. Thanks mek sebab ko sudi datang melawat aku.

Pukul 4 sorang nurse datang bagitahu yang aku dah boleh balik.

Alhamdulillah. Yahooooooooooo!!!!!
Gembira tak terkata. Aku mesej kakak aku kat umah suh dia masak nasi, sayur bayam masak air dengan goreng ikan kering. sebab tu je selera aku time tu.

Finally aku sampai umah tepat pukul 5.25 petang. Daripada tak selera nak makan masa kat spital tu, aku boleh makan nasi sepinggan habis kat umah. Tulah, sebenarnya ubat terbaik aku ada kat umah. Hidup udara segar kat umah. That is the best medicine for me actually. 

Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah atas segalanya....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...