Sejak aku menjadi penternak lemak amatur ni, macam-macam resepi telah aku cuba.
Kini aku adalah pembaca setia My Resepi.com. Jadi sejak join MR ni sebulan yang lalu, boleh dikatakan tiap-tiap petang aku mencuba resepi yang ade kat dalam tu.
Ni dijadikan cerita, aku memang tak pernah makan laksam. Bila aku tengok Masterchef Malaysia hari tu, aku tengok si Zamir ni masak laksam. Tapi aku tertanya gak, laksam ni sebenarnya berasal dari Terengganu ke Kelantan.
Jadi aku pun google la info tentang laksam ni.
Ini ada sedikit maklumat mengenai laksam yang aku petik daripada encik wiki-wiki .
"Laksam merupakan sejenis masakan daripada negeri Terengganu yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam."
Maka barulah aku tahu laksam ni datang dari Terengganu. Jadi oleh sebab bahan nak buat laksam ni senang aku pun bercita-cita nak buat lah. Tengok macam senang. Hahahaha
Dan hasilnya
Taraaaa
'
'
'
'
'
Manjadi jugalah walaupun first trial.
Hurm tapi.... jenuh kot nak buat mee laksamnya. Nasib bek sebab ada orang nak datang, then aku teruskan juga usaha aku untuk menyiapkan kesemua adunan, Kalau tak, selamat tinggallah, Giler penat kot.
Tapi aku bangga gak la dengan diri aku sebab aku berjaya buat laksam sebab member aku yang memang orang Terengganu pun tak pandai buat laksam. Kredit to kak yani MR untuk resepi laksam yang simple dan sedap. Tapi kalau dah memang orang johor suruh makan laksam ni kalau tak pedas tak sah la. So aku terpaksalah letak cili bebanyak masa nak makan.
Kepada kengakawan yang nak try resepi boleh la mencuba resepi dari kak yani ni ye.
Laksam
Bahan-bahan mee laksam:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air
Bahan-bahan kuah:
1/2 kg ikan kembung/selayang/tenggiri/tongkol (direbus dan dibuang tulang)
600 ml santan
bawang besar
bawang putih
halia
serbuk lada hitam/lada hitam
garam
gula
asam keping
Bahan-bahan ulam:
timun (dihiris)
taugeh
kacang panjang (dihiris)
daun kesum (diracik halus)
Bahan-bahan sambal belacan:
cili
sedikit belacan
gula
garam
Cara-cara memasak
mee laksam:
1. Campurkan kesemua bahan kemudian panaskan pengukus.
2. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk atau loyang.
3. Tuangkan sedikit adunan ke atas tudung periuk dan kukus selama 2 minit.
4. Angkat dan sejukkan seketika sebelum di gulung.
5. Mi laksam dipotong sebelum dimakan bersama kuah laksam.
jadilah macam ni mi laksamnya
Kuah laksam:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam dan isi ikan. (Boleh gunakan air rebusan ikan untuk blend)
2. Masukkan bahan yang dah dikisar ke dalam periuk dan tuangkan santan.
3. Masukkan garam dan gula dan masak sehingga jadi pekat kemudian masukkan asam keping.
Sambal belacan:
Tumbuk kesemua bahan.
Bila dah siap, masukkan mi laksam ke dalam pinggan dan tuangkan kuah. Taburkan ulam-ulam dan sambal belacan. Siap untuk dimakan.
~~~~~Selamat mencuba !~~~~~
nak order.. hahahaha
ReplyDelete