ade ke pengikut?

Friday, December 11, 2009

Cari Jalan

Esok hari sabtu. Aku nak plan dengan abang aku nak pegi cari jalan ke tempat aku interview(Interview GSTT untuk SABK). Yelah aku mana penah drive pegi jb. Kalau setakat BP dgn Kluang tu biasa dah. Jb ni lain ckit. Bile weekdays keadaan mcm KL. huhuhu. So aku kena betul2 tau jalan nak menuju ke sana. Tempat yang aku nak cari adalah SMK Mohd Khalid. Skul ni kat Jalan Abdul Samad. Jalan tu pun aku x penah pegi lagi. Apepun tadi abang aku dah call member dia, Yazid (taxi driver). So Yazid dah bagi direction nak menuju ke sana. Senang ckitlah nanti. Perjalanan dari Kulai dimulakan sampai jumpa RTM (yang aku tau nak cari RTM kena lalu jalan Larkin) Harap2 esok aku dapat hafal jalan yang paling mudah dan selamat sampai.
Yang kelakarnya tu, tengah aku bincang dgn abang aku tibe2 mak aku kata nak ikut jalan jb2 sok. Hahaha. Aku tau mak aku dah lama x jalan2. Lagilah bile naik kete aku. Mak aku lum puas naik Cik Bibah aku tu. Upsss aku dah tukar nama Cik Bibah kepada Miss Vee. Hehehe Elegant ckit nama tu.
Aku plan nak gerak dalam kul 9 lah. Kalau lambat sangat nanti dah panas cuaca plak. Lagipun abang aku nak bawa Anip sekali. Harap2 dipermudahkan jalan esok. Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...