ade ke pengikut?

Thursday, December 10, 2009

Mengimbau kenangan

Hurmm bile dengar berita ayah kak Masina meninggal, aku teringat pada arwah ayah aku yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Oktober 2000. Dah 9 tahun aku menjalani kehidupan hari2 aku tanpa insan yang ku panggil ayah. Rasa rindu yang menebal setiap kali orang lain berbahagia disamping ayah mereka. Tapi aku redha dan terima hakikat yang aku kini telah kehilangan seorang ayah. Mengimbau detik2 bersama ayah sewaktu aku kecil sehinggalah aku berumur 14 tahun. Mungkin aku tidak seperti orang lain yang sentiasa berada disamping ayah tercinta. Ayah berkerja syif malam dan hanya pulang dari kerja pada awal pagi. Dan sebaik pulang, ayah akan menghantar aku dan abang pergi ke sekolah. begitulah rutin ayah sehingga aku masuk darjah enam. Ayah berhenti kerja dan menguruskan kebun sendiri. Pada usia 60 tahun, kuat manakah kudrat seorang ayah membanting tulang menguruskan kebun seorang diri dan hanya di bantu oleh mak. Pada usia aku 14 tahun iaitu aku di tingkatan 2 di sekolah menengah dan waktu itu aku berada dalam darjah 6 sekolah agama, ayah kerap jatuh sakit. Dan lebih kurang 3 bulan ayah terlantar di katil hospital. Dan akhirnya di pangkuan mak, di rumah aku ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.50 petang. Hujan ebat yang mengiringi pemergian ayah tersayang. Mulanya aku seperti redha dengan pemergiannya, tetapi jiwa aku meruntun hiba. Seusia remaja yang sedang hangat memerlukan kasih sayang dan belaian dari seorang ayah, kini telah bergelar anak yatim. Aku redha dengan pemergian ayah walaupun masih ada sekelumit kesedihan lebih2 lagi apabila aku sedang berjuang untuk menduduki peperiksaan darjah 6 sekolah agama.Ya Allah Engkau tempatkanlah arwah ayahku Bosri bin Jalil dikalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah buat ayahku Bosri bin Jalil... semoga rohnya aman di sana.....

"Bila sendirian fikiranku buntu mengingati dirimu.
Engkau tiada lagi di sisiku, hatiku sayu bertambah pilu.
Kasih kau inspirasiku.
Kau mengajar aku erti kehidupan ini.
Takkan ku lupakan nasihatmu kerana ianya berguna untukku.
Seringkali aku berdoa pada-Nya agar tabah menyusuri hidup ini.
Ya Allah berilah ku kekuatan untuk ku tempuhi dugaan yang mencabar.
Sekiranya ku mendapat pengganti, ku harapkan insan sepertimu oh kasih.
Banyak membantu dan mendorongku menjadi hamba yang taat kepadanya…
Walau dirimu tiada lagi tetapi hatiku tetap kepadamu.
Kenangan bersamamu sungguh mewangi takkan luput dari ingatanku…… oh Ayah…."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...