Assalamualaikum...
Hari ni aku bawa kawan aku datang umah. Well dia kata dah lama tak melawat kawasan rumah aku. Hurmm aku rasa memang dah lama pun sejak zaman sekolah dulu sampailah sekarang (agak berumur sikit) baru dia jejak kaki ke rumah aku. Pertama sekali aku buat pop kuiz kat dia sambil berjalan aku suruh dia teka nama pokok yang aku tunjuk. Hurmmm ish ish ish memang dah ternyata sudah lama dia tak datang rumah aku. Sampai pokok kopi pun dikatakan pokok sukun. Hehehehe... Dia siap petik buah kopi then dia pecahkan buah tu nak pastikan betul tak tu buah kopi. Akhirnya percaya jugaklah dia bahawa pokok tu adalah pokok kopi. Kagum je muka dia. Pastu aku suh dia teka pokok duku dikatakan pokok nangka. Hurmmm masak telinga aku dengar jawapan dari dia. Hahahaha.. Kawan aku nih, ciannye dia. Setelah melawat sekitar rumah aku pun bawa dia masuk kebun kelapa sawit aku yang aku sendiri memang dah lama tak jejak. Hehehe... Masa lalu kat lopak air, nasib baik berudu dia tak cakap anak ikan. Hahahaha.. Well nasib baik dia datang rasa gaklah aku jejak kaki kat kebun aku tu. Lepas melawat kebun aku bawa dia pergi area depan rumah, nak tahu apa yang membuat dia teruja? Dia dapat tahu ada spesis timun kecik2 yang kitaorang panggil timun tikus sebab saiz dia kecik sangat. Aku lupa nak ambik gambar timun tu. Nanti kalau aku sempat, aku upload gambar timun tu ye. Timun tikus tu pun ada lebih kurang tiga jenis. yang bulat besar, bulat kecik n panjang. kemudian kakak aku suruh petikkan pucuk ubi bagi dia bawa balik. Dari start cerita pokok kopi tua, dia tak habis2 tanya aku macamana orang dulu2 boleh terfikir nak buat air kopi dari buah kopi. Hurmmm susah gaklah aku nak jawab. Hahaha Last2 aku cakap tu lah kelebihan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk berfikir mencari sesuatu yang baru. Yang x boleh belah tu dia boleh cakap nanti dia nak cipta kereta dari buah buahan. Hahahah gelak besar aku yelah aku tak dapat bayangkan nanti semut makan kereta dia. Hahahaha.. Best sangat sebab aku dapat bawa kawan aku melawat sekitar rumah aku hari nih.
No comments:
Post a Comment