ade ke pengikut?

Tuesday, October 19, 2010

jerebu oh jerebu...

sejak beberapa hari ni
keadaan di luar agak suram...
tapi cuaca sangat panas
yang peliknya tu macam ada kabus walaupun dah tengah hari
rupeny2 jerebu
serius aku nampak jerebu tu

sedikit info tentang apa itu jerebu...
*jerebu adalah partikel-pertikel kecil yang tidak/ sukar dilihat oleh pandangan mata kasar, tetapi apabila telah berkumpul dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan jarak penglihatan terbatas.... *

ha itulah yang berlaku kat area Batu Pahat n Senai..
Senai tu termasuklah kawasan aku, Kulaijaya
tapi kenapa Senai n Batu Pahat?
kenapa tak satu Johor??????

mungkin semuanya berpunca dari negara jiran kot... (jiran yang mana aku pun tak sure)
laporan berita dari utusan plak cakap
Butterworth n Seberang Prai pun terkena tempias... tu 16 oktober punye berita...

hari ni 19 oktober mungkin jerebu telah merebak ke kawasan lain plak...
so far IPU masih merekodkan keadaan ok lah..so masih di bawah 50
jadi apa yang perlu kita buat adalah
mengurangkan aktiviti yang akan menyumbangkan kadar pencemaran udara menjadi lebih teruk...
macam buat pembakaran terbuka

tadi pagi masa aku nak pegi sekolah
sambil drive aku sempat snap one picture
memang nampak sangat jerebu melanda



see.... ni kabus + jerebu... bukit yang sepatutnya nampak pun boleh tak nampak...

before masuk ke kelas pun
aku sempat lagi lah snap satu gambar
saje nak menunjukkan keadaan jerebu yang berlaku kat kawasan aku


nampak tak cahaya matahari suram je kan?

2 pictures bawah ni aku snap masa hari sabtu 16 oktober 2010
aku tengah sarapan then mak aku cakap yang kat luar kabus tebal
tapi cahaya matahari nampak kuning je
then aku assume jerebu dan pun memang jerebu

gambar dari tingkap dapur umah aku


gambar dari tingkap bilik aku...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...