ade ke pengikut?

Sunday, November 07, 2010

awak nak madu tak?

Masa aku tengah dok sibuk memilh tin sardin dengan baked bean
ada sepasang suami isteri sedang membelek-belek gak tin sardin tu
tibe-tibe..
"Awak nak madu tak?" tanya si suami lembut
"Ape bang?! Madu!" agak tinggi nada si isteri kepada suaminya...
Yang suami ni dok tersengih je
Padahal orang sekeliling dah tengok pelik je
"Yela madu. Awak taknak ke madu?" soal si suami sekali lagi dengan anggapan si isteri nak jawab YA.
"Amboi, satu tak cukup ke" bentak si isteri lagi
"Mana ada madu kat umah kita cik ila oi" si suami meninggikan suara pulak
makin ramai mata yang tertumpu pada mereka
dalam hati aku
kalu nak cite pasal rumah tangga jangan lah depan orang ramai
malu ar ckit
tapi....
hahaha
tibe2 aku ketawa...
sebab aku nampak yang si suami ni jalan menuju satu rak yang ade botol2 berisi madu
pastu aku terdengar lah si suami ni cakap
"Orang nak madu di marah, kang madukan dengan orang baru tahu"
hahaha
si isteri boleh pulak buat muka pelik
yang orang sekeliling tadi geleng kepala je
si isteri pun pergilah menuju ke arah suaminya
"La cakap lah madu ni. Ingat Abang nak madukan saya tadi"


muka si isteri merah tahan malu sebab ade gak dengar orang sekeliling ketawa terbahak- bahak tgok gelagat diorang
hahaha
moral of the story...
janganlah salah tafsir apa yang orang nak bagitahu kat kite.
salah satunye nanti jadi mcm nilah
kan dah malu sendiri...

7 comments:

  1. hahaha lawak giler.. motep sgt..:P

    ReplyDelete
  2. haha..lawak giler..madu oh madu..huhu

    ReplyDelete
  3. makan madu dgn scone ni sedap gak.. jemput makan
    ALL IN ONE

    ReplyDelete
  4. haha..malu kot.da la ramai tgk.haha

    ReplyDelete
  5. huhu! tebal muker cam konkrit nih...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...