ade ke pengikut?

Friday, November 26, 2010

Camellia sinensis


Wohooo
Sedapnye nama
Mana dapat?
Mesti cantik.
Mix ke?

upsssss..... Stop...
Apekah?

Camellia sinensis tu bukan nama orang k... Itu adalah nama saintifik bagi TEH. Korang kenal tak teh?. Bukan Teh Syuhada pengacara TV3 tu tau. Ni air teh yang korang dan aku suke minum. Sangat lazat bile dinikmati waktu pagi ke petang ke atau malam. Boleh buat teh O, teh O ais, teh tarik, teh ais, teh O limau ais.... my peberet. Kalau orang nak pekena teh ni biasa diorang panggil ngeteh...

Aku nak kongsi tentang kebaikan teh. Tak kisahlah sebagai minuman ataupun perubatan.

Teh diperkaya dengan vitamin B, C, E dan K serta mineral yang baik untuk sistem tubuh badan. Teh juga mengandungi kafein yang dapat mampu untuk menghilangkan sakit kepala dan sukar tidur. Meminum air teh juga dipercayai dapat meningkatkan kecergasan dan kesegaran badan. Teh dapat membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, teh juga dapat menguatkan tulang serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Teh berfungsi sebagai diuretic (menggalakkan penghasilan air kencing) dikatakan membantu untuk menguruskan badan. Hehehe. Selain dapat menguruskan badan, teh juga dapat mencegah dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi dan seterusnya stroke dengan merencat tindakan Angiotensin II dan mengurangkan penghasilan kolestrol jahat sangat. Polyphenols dan Polysaccharides dalam teh dapat membantu mengawal paras gula dalam darah manakala antioksidan dalam teh dapat menurunkan paras kolestrol, melawan virus dan melambatkan proses penuaan kulit. Dalam Journal of The National Cancer Institute, 1994, kajian epidemiologi telah dijalankan dan menunjukkan teh hijau dapat mengurangkan risiko barah esofogus di kalangan lelaki dan wanita di Cina sebanyak 60%.

Teh juga dapat melegakan kaki yang penat. Macam mana tu? Rendam kaki yang penat tadi ke dalam air teh yang dicampurkan dengan air sejuk selama 10-15 minit. Selain dapat hilangkan penat, bau kaki yang busuk pun hilang. Ini kerana kandungan tannin dalam teh berfungsi sebagai penyegar untuk kulit.

Kalau kita buat ait teh guna serbuk teh, hampas teh tadi jangan buang merata je k. Hampas tadi boleh digunakan sebagai baja tau. Selain tu, air teh semalam boleh disapu pada rambut untuk menhitamkan rambut. Bukan dye rambut ye.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...