ade ke pengikut?

Monday, November 29, 2010

Tulang babi halal dimakan

Terkejut?.... Ye aku pun terkejut sangat dengan fahaman ini. Kalau dah dikatakan haram, hukumnya tetap haram kan waimma setitis darah sekalipun.

Dalam Al-Quran, Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 173

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ
yang bermaksud: Sesungguhnya diharamkan bagimu bangkai dan darah dan daging babi.

Yang dikatakan haram adalah daging, darah dan bangkai. Bagaimana pula dengan tulang, kuku serta bulu kulit babi. Sedangkan babi adalah tergolong dalam golongan najis mughallazah iaitu najis berat di mana tidak ada cara  lain untuk membersihkan dan menyucikannya selain disamak.Cara nak samak pula ada tertibnya iaitu dengan membersihkan tempat yang terkena najis, kemudian basuh atau jirus dengan tujuh kali basuhan dimana sekali dengan mencampurkan tanah yang dijamin bersih dengan air mutlak. Selebihnya dibasuh dengan enam kali air mutlak sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Walaupun dikatakan DAGING babi haram, tetapi daging yang dimaksudkan itu meliputi semua bahagian didalam badan babi sehinggalah lemak. Jadi persoalan adakah tulang, kuku serta kulit itu haram maka terjawablah ianya HARAM.... Yang haram tetap akan menjadi haram selamanya...
Wallahualam...

Tapi ada beberapa individu memanipulasi tentang hukum ni. klik sini Ajaran ini dibawa dari Indonesia dan disebarkan dikalangan penduduk setempat yang terpedaya kerana ingin mengambil jalan singkat untuk mendekatkan diri dengan Allah. Menurut  Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi, antara kepercayaan kumpulan ini adalah tulang babi halal dimakan yang haram hanyalah dagingnya sahaja. Dah jelas kepercayaan ini bertentangan dengan hukum yang telah ditetapkan dan kita berpegang teguh dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...