ade ke pengikut?

Monday, November 08, 2010

cikgu juga manusia biasa

kadang2 aku penat menahan rasa geram yang meluap-luap
yelah
bagi sesetangah orang
cikgu ni kena tahu everything
kene ke?
satahu aku lah kan
kalau cikgu kena tahu everything, baik cikgu tu jadi ahli nujum
x payah penat2 belajar masuk universiti
hurmmmm
bukan aku nak mengeluh
tapi fahamilah
tugas guru bukan hanya mendidik anak-anak murid sahaja
kena amik tahu kedatangan
kena tahu kenapa anak murid tak dapat datang
dalam zaman yang serba serbi canggih nih
handphone adalah penghubung antara ibu bapa dengan guru
disebabkan lebih ramai ibu bapa yang berkerja
kadang2 tak ada masa nak dtg ke sekolah berbincang dengan guru tentang masalah anak2
tapi klau nombor handphone yg diberi tidak dapat dihubungi?
so salah cikgu gak ke?
takkan cikgu nak melepek datang umah malam2 sebab nak berbincang masalah anak2 depa
cikgu pun ada keluarga dan ada tanggungjawab yang lain di luar waktu sekolah
seperti yang semua sedia maklum
kat sekolah
seorang cikgu bukan sahaja kena jaga 1 orang murid
satu kelas ada lebih kurang 35 orang
kalau 5 kelas?
huishhh
ramai nye
sedangkan cikgu kena jaga
semuanya tentang anak murid mereka
sedangkan tanggungjaawab ibu bapa adalah memastikan anak2 datang ke sekolah tiap2 hari
dan tanggungjawab cikgu pula bagi pendidikan yang sempurna untuk anak2 murid
tapi situasi sekarang
sesetengah ibu bapa menyerahkan bulat2 anak mereka atas bebanan cikgu
aku tak cakap semua
tapi ada lah segelintir tu
kenapa aku cakap macam ni?
sebab aku alami sendiri tadi
seorang ibu murid datang sebab dah dapat surat amaran terakhir dari aku sebagai guru kelas
aku terangkan yang anak dia memang takde dalam sekolah
then aku tanya samada anak dia datang ke tak ke sekolah?
(walaupun ada beberapa kali aku namapk anak dia berjalan melintasi pagar sekolah tapi tak masuk sekolah, sebab waktu tu belum pukul 7.15 lagi)
tapi alasan mak dia, dia ada kat umah
dan alasan yang aku tak boleh blah nak terima tu
dia takut dengan seorang cikgu ni
aku peliklah
masuk kelas pun tak pernah
kenapa dia nak takut pulak dengan cikgu ni
kalau tak buat salah, tak payah lah takut
then kalau takut dengan cikgu tu, kenapa sampai semua kelas cikgu2 yang lain
pun dia tak masuk
(sabar Shima... sabar....)
aku catat kehadiraan setiap hari
ye aku ada bukti!
hurmmmm
tapi mak dia still gak nak backup anak dia
walaupun dia sendiri tahu anak dia tu mcm mana
sebelum ni penah kena buang sekolah lain pastu masuk sekolah ni
pun kena buang gak
sepatutnya
sebagai emak, nasihat lah anak dia
bukan backup anak
ni tak depan2 aku pun si anak ni boleh tinggikan suara dengan mak dia
ape kes?
yang aku paling tak boleh tahan tu
boleh pulak mak budak ni tinggikan suara dengan aku
aik?
aku macam blur je kat situ
tapi sebab aku ni profesional
aku cool jelah
aku senyum je
biarlah mak dia nak maki hamun aku ke
aku dah laksanakan tanggungjawab aku
so aku tahu aku di pihak yang benar.....
jadi aku buat tak tahu je bile mak budak tu bebel2 kat aku
siap guna bahasa kasar lagi
ceh kunun kecewa dengan tindakan aku
siap kata sepatutnya aku kena berbincang dengan dia
padahal surat amaran pertama dulu tu
takdela plak dia dtg sekolah bincang dgn aku
ish geram aku....
aku try call no phone dia
tak dpt pun
(maaf kalau korang rasa aku ni over malam ni... huhuhu..)
pastu bile aku refer kat Guru Penolong Kanan, dia kata tindakan aku ni betul
so aku dah ada orang backup
aku buat tak tahu jelah
aku bagi satu salinan surat berhenti kat mak dia
then suruh dia apply semula masuk sekolah
tu kes pertama yang mana memang menaikkan darah aku pepagi buta tu
kes kedua dan ketiga...
aku memang respect kat kedua-dua ayah budak ni
datang sekolah berbincang sebab dapat surat amaran pertama
lepas tu siap bagitahu kat aku yang diorang dah bagi hukuman kat anak diaorang lagi
bukan sebba hukuma tu
tapi sebab pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua ayah tadi
datang jumpa aku, bawa surat, tanya masalah anak dia
pastu siap suh aku buat hukuman kat anak dia lagi
walaupun aku memang tak akan buat
sebab aku tak ada kuasa merotan budak
tapi cara macam ni lah betul
kalau cikgu tu buat salah pun
bile berbincang dgn cara yang betul
hal yang remeh pun boleh di selesaikan dengncara yang lebih berhemah....
hurmmmm
tulah cikgu juga manusia biasa
punya hati dan perasaan
perlu diberi ruang untuk berdiri
bukan dimaki hamun sesuka hati
dan bukan dibebani dengan tanggungjawab yang melampau..

ini adalah luahan hati aku
kalau korang dah baca
korang lupakan tau
anggap je aku x tulis benda nih
huhuu

maaflah aku insan biasa
yang kadangkala bisa terguris hatinya
dek penggunaan kata-kata yang tidak sepatutnya..
huhuhu

6 comments:

  1. huhuh...
    \sabar2!

    ReplyDelete
  2. takutnye..lariiiiiiikk!! hehe

    sabar shima..org xkn tahu ape yg kte rasa selagi dia xberada ditempat kita..

    ReplyDelete
  3. Huhuhu ni la dia cabaran sorang guru.. So, kenalah saya menambah input2 dan bljr lbh byk mgenai perguruan... Harap tunjuk ajar yg bakal mnjadi guru ni.. Skrg ni sdg menunggu surat cinta KPM yg x kunjung tiba lagi..

    ReplyDelete
  4. sedang bersabar... kisah semalam.. dah jadi kenangan... hehehe...

    ReplyDelete
  5. apa saja cerita tentang cikgu..bg yana cikgu sangat mulia...dan yana sgt menghargai jasa cikgu...;d

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...